BEIJING, China, 30 Ogos, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
Kumpulan Yili (600887.SH) mengumumkan keputusan interim tahun 2019 mereka pada malam 29 Ogos. Laporan itu menunjukkan pada separuh pertama tahun 2019, Yili merealisasikan sejumlah hasil operasi sebanyak RMB 45.07 bilion, satu peningkatan RMB 5.13 bilion tahun ke tahun, dan satu keuntungan bersih sebanyak RMB 3.8 bilion, satu kenaikan tahun ke tahun sebanyak RMB 0.33 bilion, sekali gus memantapkan lagi momentum pertumbuhan Yili yang kukuh sebagai pemimpin industri dan menunjuk kepada prospek dan potensi mereka untuk pembangunan mapan pada masa hadapan.
Pada awal tahun ini, Yili mempelopori di dalam industri itu dengan visi sebuah “ekosistem kesihatan global” ketika ia terus memperdalamkan jejak global mereka dengan satu matlamat untuk menggabungkan sumber terbaik di seluruh dunia bagi memenuhi keperluan kesihatan dan pemakanan pengguna dengan lebih baik.
Yili terus mengembangkan jejak mereka di Asia Tenggara dan Asia pada umumnya, dengan menawarkan lebih banyak pilihan produk kepada pengguna tempatan. Produk Yili telah memasuki pasaran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Myanmar. Pada tahun lepas, Yili telah melancarkan ais krim Joyday di Indonesia, yang kini boleh didapati di bandar raya-bandar raya utama di seluruh negara itu dan sedang diperkenalkan ke lebih banyak negara Asia Tenggara dengan populariti yang hebat.
Pengambilalihan ke atas syarikat ais krim tempatan terbesar di Thailand, Chomthana, adalah merupakan satu kejayaan besar bagi Yili dari segi peningkatan kapasiti pengeluaran serantau dan memperolehi akses pasaran. Yili telah membantu Chomthana memperbaiki kualiti makanan, keselamatan dan model jualan. Dalam tempoh satu bulan selepas penyatuan pasca urus niaga, Yili membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran Chomthana sebanyak lebih 30%.
Perkembangan Yili di Asia Tenggara telah didorong oleh manfaat bersama dan perkongsian yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Yili mematuhi strategi penyetempatan dan bekerja dengan rakan-rakan tempatan untuk memacukan pembangunan ekonomi tempatan dengan lebih efektif. Sebanyak 85% daripada pekerja Yili di Indonesia dan Thailand adalah orang tempatan. Yili telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi komuniti setempat dan membawa keuntungan besar dalam percukaian dan kemakmuran ekonomi tempatan.
http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=12495
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment