Friday, September 6, 2019

STARR INSURANCE COMPANIES MELANTIK DR. HAOMING ZHOU SEBAGAI PENGURUS BESAR DAN PRESIDEN BAGI STARR CHINA

NEW YORK, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Insurance Companies hari ini mengumumkan pelantikan Dr. Haoming Zhou sebagai pengurus besar dan presiden bagi Starr China Property and Casualty Insurance Ltd., berkuat kuasa pada 2 September.

Dr. Zhou mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman di dalam industri insurans. Sebelum menyertai Starr, beliau bekerja di Singapura, Sydney, Hong Kong dan Shanghai dalam pelbagai jawatan pengurusan kanan. Dr. Zhou memiliki sebuah ijazah PhD dalam Kejuruteraan Awam dan memulakan kerjaya beliau sebagai seorang jurutera di China.

“China adalah satu daripada ekonomi yang paling dinamik di dunia,” kata Maurice R. Greenberg, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif. “Syarikat kami diwujudkan di sana 100 tahun yang lalu. Hari ini, China adalah satu daripada pasaran kami yang paling penting. Dengan segala pengalaman dan kepakaran beliau di rantau itu, Haoming banyak menambahkan kepada keupayaan kami untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran itu.”

Pelantikan Dr. Zhou adalah tertakluk kepada kelulusan kawal selia oleh Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan dan Insurans China (CBIRC). Beliau akan berpusat di Shanghai.

Maklumat mengenai Starr Insurance Companies

Starr Insurance Companies (atau Starr) adalah sebuah nama pemasaran bagi syarikat-syarikat insurans yang beroperasi dan syarikat bantuan perjalanan dan anak syarikat bagi Starr International Company, Inc. dan untuk perniagaan pelaburan bagi C.V. Starr & Co., Inc. dan anak syarikat mereka. Starr adalah sebuah organisasi insurans dan pelaburan yang terkemuka dengan mempunyai kehadiran di enam buah benua; melalui syarikat-syarikat insurans mereka yang beroperasi, Starr menyediakan produk insurans hartanah, kecederaan, dan kemalangan dan kesihatan serta pelbagai perlindungan khas termasuk insurans penerbangan, marin, tenaga dan insurans kecederaan berlebihan. Anak syarikat bagi syarikat insurans Starr yang berdomisil di Amerika Syarikat, Bermuda, China, Hong Kong, Singapura dan United Kingdom masing-masing mempunyai penarafan A.M. Best “A” (Cemerlang). Sindiket Starr Lloyd mempunyai penarafan Standard & Poor’s “A+” (Kukuh).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12507

No comments:

Post a Comment

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...