Friday, September 27, 2019
AKSES BAHARU SEPANTAS KILAT KE AUSTRALIA
Peta kabel
Queensland, 27 Sept., 2019 /Medianet International-AsiaNet/--
Perniagaan antarabangsa sedang mempersiapkan diri untuk kelajuan penghantaran data terpantas ke pantai timur Australia pada tahun 2020, dengan pembukaan [AEST] semalam bagi stesen pendaratan kabel dasar laut antarabangsa di Sunshine Coast, Queensland, Australia.
Datuk Bandar Sunshine Coast Mark Jamieson telah disertai oleh Perdana Menteri Queensland Annastacia Palaszczuk dan Menteri Queensland bagi Pembangunan, Pembuatan, Infrastruktur dan Perancangan Negeri Cameron Dick untuk menandakan penyiapan kemudahan berharga $7.2 juta ini.
Datuk Bandar Jamieson berkata kabel itu akan meningkatkan dengan signifikan reputasi Sunshine Coast sebagai sebuah lokasi pelaburan yang dicari bagi perniagaan global.
“Apabila siap, rangkaian ini akan menyediakan data dan telekomunikasi antarabangsa secara terus dari Sunshine Coast -- satu-satunya lokasi di Australia yang berada di luar Sydney dan Perth yang menyediakan sambungan antarabangsa langsung ini. Ia akan membantu menempatkan rantau ini sebagai Hab Perdagangan Digital pertama Australia,” kata Datuk Bandar Jamieson.
Rangkaian jalur lebar antarabangsa itu akan menyokong era Internet Benda dan pembangunan bandar raya pintar, di mana sambungan yang boleh dipercayai akan menjadi perkara paling penting bagi semua aspek kehidupan seharian kita.
Rangkaian kabel antarabangsa itu merupakan satu daripada beberapa projek yang membentuk wilayah, termasuk lapangan terbang antarabangsa terbaharu Australia - dengan keupayaan untuk menampung penerbangan terus dari Asia - dan sebuah pusat bandar raya baharu yang sudah menarik minat daripada pelbagai syarikat komersial dan pengusaha hotel antarabangsa.
Kabel itu menyediakan satu lagi laluan data di dalam dan di luar Australia bagi industri dan akan mula berkhidmat menjelang pertengahan tahun 2020.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web projek itu (https://www.sunshinecoast.qld.gov.au/Council/Planning-and-Projects/Major-Regional-Projects/Undersea-Cable),
muat turun E-Buku (http://investcampaign.sunshinecoast.qld.gov.au/sunshine-coast-international-broadband-network-news-signup)
dan tonton video acara itu (https://www.youtube.com/watch?v=gH5V5Q2BiAs&feature=youtu.be) dan selang masa membina video ( https://youtu.be/3OSmqoHPugQ).
Sertai perbincangan itu: #healthysmartcreative #SCmeansBusiness #SunshineCoast
Sumber: MacNeil & Co
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=346359
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment