KUALA LUMPUR, 18 Sept -- Savonix dan Bahagian Kesihatan Pengguna Bayer mengumumkan perjanjian kerjasama untuk mengesahkan kesan suplemen multivitamin Berocca Bayer dalam pasaran Malaysia.
Dalam kajian itu, penilaian kognitif digital Savonix, yang mengambil masa kira-kira 10 minit untuk selesai, akan diedarkan kepada 200 penuntut universiti berusia antara 18 hingga 25 tahun, termasuk pengguna Berocca dan bukan pengguna Berocca.
Platform penilaian itu merupakan kaedah sah dan boleh dipercayai untuk menilai keberkesanan Berocca terhadap prestasi otak dalam suasana dunia sebenar dan membantu pengguna memahami kesihatan kognitif mereka.
Selain itu, platform itu melaksanakan satu set ujian neurokognitif digital menerusi sistem operasi mudah alih Android dan iOS, disokong papan pemuka data klinikal berasaskan laman dengan sokongan keputusan klinikal bersepadu dan garis panduan perancangan rawatan.
Berocca ialah tablet multivitamin berbuih yang mengandungi semua lapan vitamin B, membantu mengekalkan tenaga untuk prestasi mental dan fizikal.
Savonix ialah peneraju global dalam ujian klinikal untuk kesihatan kognitif, memperkasakan penyedia penjagaan kesihatan, pembayar dan penyelidik untuk menilai dan memanfaatkan keputusan untuk meningkatkan kesihatan dan hasil rawatan. Untuk butiran lanjut layari https://www.savonix.com/
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROGRAM LOCAL BUSINESS CONNECT (LBC) HULU SELANGOR SIRI 2 PERKUKUH HUBUNGAN ANTARA PELABUR DAN USAHAWAN TEMPATAN
Keenam dari kiri: Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, YBhg. Dato' Hasan Azhari bin...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
NetBox Copilot mempercepatkan operasi dan automasi, disamping menyediakan keupayaan layan diri kepada pasukan bukan IT NEW YORK, 12 Feb (B...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
No comments:
Post a Comment