XINING, China, 6 Sept (Bernama) -- Baru-baru ini, Forum goji Qaidam diperkayakan Selenium dan Organik kedua telah dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang di Delingha, Wilayah Autonomi Haixi Mongolia Tibet, Wilayah Qinghai, China.
Industri goji beri itu (yang dikenali sebagai wolfberi China) di Lembangan Tsaidam di barat laut Wilayah Qinghai di China dijangka akan menjadi semakin rancak dengan harga yang melantun, demikian diramalkan oleh orang dalam pada sidang kemuncak yang diadakan baru-baru ini berhubung goji beri yang diperkayakan selenium organik.
Sebagai tapak penanaman kedua terbesar di China bagi goji beri serta kawasan penanaman berterusan berketinggian paling tinggi di dunia bagi goji beri, Lembangan Tsaidam, yang kebanyakannya terletak di Wilayah Autonomi Haixi Mongolia dan Tibet di Qinghai, mempunyai cahaya matahari yang mencukupi, perbezaan suhu yang besar antara siang dan malam dan tanah yang diperkaya dengan selenium yang sesuai untuk menanam goji beri yang berkualiti.
Menurut laporan tahunan bagi indeks harga goji beri Xinhua-Tsaidam, kenaikan harga sebelum tahun 2015 mengakibatkan di dalam peningkatan pesat dalam pengeluaran goji beri di Lembangan Tsaidam, yang membawa kepada bekalan goji beri yang berlebihan dan akhirnya mengakibatkan harga jatuh secara beransur-ansur.
Menurut Kerajaan Wilayah Autonomi Haixi Mongolia dan Tibet bagi Wilayah Qinghai, sebagai respons kepada perubahan itu, kerajaan tempatan telah memperkenalkan pelbagai dasar yang menguntungkan, melancarkan indeks harga goji beri Xinhua-Tsaidam bersama-sama dengan Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) bagi Agensi Berita Xinhua, dan menubuhkan pangkalan dan zon demonstrasi yang berkaitan dengan eksport, membina jenama dan keselamatan kualiti bagi goji beri, dll.
Selepas melakukan pelarasan diri antara 3 hingga 5 tahun, harga bagi goji beri di lembangan itu mula meningkat pada tahun 2019 dan boleh merangkum suatu prospek yang lebih baik dalam musim menuai pada tahun ini.
Data menunjukkan bahawa kawasan penanaman bagi goji beri di Wilayah Autonomi Haixi Mongolia dan Tibet adalah hampir 500,000 mu (kira-kira 33,333.33 hektar) setakat ini, dengan jumlah hasil bagi buah kering melebihi 80,000 tan metrik (tan) dan nilai hasil pengeluaran dijangka mencecah 2.416 bilion yuan, masing-masing meningkat sebanyak 55 kali ganda, 171 kali ganda dan 73 kali ganda berbanding pada tahun 2008.
Sumber: Jabatan Publisiti bagi wilayah autonomi Haixi Mongolia Tibet CPC
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment