Wednesday, September 25, 2019

FESTIVAL MENUAI PETANI CHINA 2019 DAN SIDANG KEMUNCAK ELIT ANTARABANGSA MEIZHOU CHINA PERTAMA BAGI INDUSTRI TEH DIADAKAN DI MEIZHOU, GUANGDONG

MEIZHOU, China, 25 Sept., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 23 September, China meraikan bukan sahaja ekuinoks musim luruh, ke-16 daripada 24 istilah solar China, tetapi juga “Festival Menuai Petani China” peringkat negeri mereka. Pada masa perayaan ini, Meizhou, sebuah bandar raya peringkat daerah di selatan Wilayah Guangdong di China, memperlihatkan kepada negara tuaian yang besar pada musim luruh dan mempromosikan produk teh mereka yang terkenal di seluruh dunia. Festival Menuai Petani China 2019 itu dan Sidang Kemuncak Elit Antarabangsa Meizhou China Pertama bagi Industri Teh diadakan di ibu kota Hakkas di dunia dari 22 hingga 24 September. Sebagai satu daripada 70 perayaan menuai di China yang paling dipaparkan di kawasan luar bandar pada tahun 2019, acara itu berfungsi sebagai satu sesi selari yang penting bagi Guangdong untuk merayakan pesta itu bagi petani.

Acara itu direka untuk meraikan musim menuai, mempromosikan budaya tempatan dan merancakkan semula kawasan desa. Bertemakan “Ibu kota Hakkas di Dunia Merayakan Musim Menuai dan Teh Jiaying yang Menonjol Menikmati Reputasi di Seluruh Negara”, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Meizhou CPC, acara itu mempromosikan pelbagai produk pertanian yang mencakupi dari limau bali dan beras Meizhou kepada teh Jiaying dalam bentuk tarian, nyanyian, persembahan warisan tidak ketara, teknik buruh di ladang dan sitcom. Inilah cara bagaimana Meizhou mempersembahkan petani mereka dan menggalakkan lebih ramai orang untuk mendapatkan satu pemahaman mengenai bandar raya itu.

Teh yang semakin popular dan hebat dari pergunungan Meizhou diperkuatkan oleh suatu persekitaran yang kukuh ketika bandar raya Guangdong di sebelah utara itu tetap komited untuk mendalami pembangunan ekologi. Pada 22 September, pemimpin-pemimpin industri teh dari 21 buah negara dan wilayah telah bermesyuarat di Sidang Kemuncak Elit, yang telah diadakan di Gunung Hanshan di Wilayah Fengshun, yang bertujuan untuk membincangkan perkembangan masa hadapan bagi industri teh dan mempromosikan teh Jiaying di China dan seterusnya. Di samping pemandangan penuaian oleh petani-petani Hakka, budaya teh yang tak lapuk dek zaman dan sumber teh yang luar biasa sangat mengagumkan hadirin.

“Ia (Gunung Hanshan) adalah satu tempat yang indah dengan pemandangan yang mengagumkan. Saya yakin bahawa sebuah tempat yang indah seperti ini akan menarik lebih ramai pelancong. Satu lawatan ke ladang teh di Hanshan telah memberikan saya satu pengalaman yang luar biasa,” kata Ian Gibbs , Pengerusi bagi Jawatankuasa Teh Antarabangsa.

Adalah diharapkan bahawa Meizhou akan mengambil acara itu sebagai satu peluang dan melakukan usaha mereka yang terbaik untuk melaksanakan strategi pencergasan semula luar bandar dan menegakkan falsafah pembangunan baharu, kata Zheng Weiyi, timbalan setiausaha agung bagi Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Guangdong. Dengan itu, beliau meneruskan, bandar raya itu harus mengintegrasikan industri teh dengan pelaksanaan  Inisiatif Belt and Road, memperluas pengaruh bagi Sidang Kemuncak itu dan memastikan bahawa lebih banyak keputusan akan dicapai daripada penganjuran perhimpunan itu. Dengan berbuat demikian, Meizhou akan membawa industri teh, budaya dan ekonomi mereka ke satu tahap tinggi yang baharu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12593

No comments:

Post a Comment

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...