Saturday, September 7, 2019

P&G, NATIONAL GEOGRAPHIC DAN GLOBAL CITIZEN LANCAR SIRI PERINTIS, ACTIVATE: THE GLOBAL CITIZEN MOVEMENT UNTUK MEMACUKAN TINDAKAN TERHADAP KEMISKINAN, KETAKSAMAAN DAN KEMAPANAN



Siri Dokumentari Enam Bahagian Menarik Perhatian kepada isu-isu Kritikal Dunia dengan Aktivis termasuk Hugh Jackman, Pharrell Williams, Common, Usher, Rachel Brosnahan, Gayle King, Bonang Matheba, Darren Criss, Uzo Aduba, Becky G dan Priyanka Chopra Jonas

Siri Perdana di Amerika Syarikat pada 5 September di 10/9c di National Geographic

CINCINNATI, 6 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Siri dokumentari enam bahagian oleh Procter & Gamble dan National Geographic, ACTIVATE, yang dihasilkan bersama oleh Global Citizen dan RadicalMedia, menyiarkan tayangan perdananya pada malam ini, Khamis, 5 September di Amerika Syarikat di National Geographic. Setiap episod bagi siri enam bahagian itu membincangkan mengenai isu-isu yang berlainan yang berkaitan dengan punca kemiskinan, termasuk sumber yang mapan, jenayah kemiskinan, bantuan bencana, pendidikan kanak-kanak perempuan, sisa plastik dan krisis air global. Video gambaran keseluruhan ACTIVATE P&G boleh dilihat di sini.

Episod-episod yang berdurasi satu jam itu bermula malam ini dan akan disiarkan setiap minggu hingga 10 Oktober di Amerika Syarikat dan juga di National Geographic di 172 buah negara dan 43 bahasa. Episod-episod akan menonjolkan usaha P&G dan jenama mereka - Tide, Always, Charmin dan Head & Shoulders - lakukan dengan banyak rakan lama mereka, termasuk Save the Children, World Vision, World Wildlife Fund, WEConnect International, dan Matthew 25: Ministries, antara lain.

“P&G dan jenama-jenama kami adalah komited untuk menggunakan suara kami bagi menangani isu-isu kritikal yang dihadapi oleh dunia kita pada hari ini,” kata Marc Pritchard, Ketua Pegawai Jenama P&G. “Kami telah berusaha menangani isu-isu ini selama beberapa dekad dan melalui ACTIVATE kami berhasrat untuk memanfaatkan jangkauan global kami yang luas kepada hampir lima bilion pengguna untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada warga global.”

P&G mempunyai lakaran sejarah yang mendalam untuk memanfaatkan jenama-jenama dan warga mereka untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik dengan membantu menyelesaikan isu-isu kritikal yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak perempuan, air minum bersih, bantuan bencana, kemapanan dan ketaksamaan. Sama ada Program Air Minum Selamat Kanak-kanak (CSDW) P&G yang tidak mencari keuntungan, yang telah menyediakan lebih daripada 15 bilion liter air bersih kepada orang ramai yang memerlukannya di seluruh dunia, atau misi Always kepada #EndPeriodPoverty, P&G menggunakan suara dan jangkauan mereka untuk memacukan perubahan yang bermakna ini.

“Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan National Geographic dan Global Citizen, serta duta-duta artis mereka yang berbakat dan rakan-rakan yang sudah lama bertapak yang membolehkan orang di seluruh dunia menggunakan suara kolektif mereka untuk memberi inspirasi kepada perubahan,” kata Allison Tummon Kamphuis, Ketua Program Global P&G untuk Kesaksamaan Jantina dan CSDW.

Selain daripada jenama-jenama P&G dan rakan rapat mereka, ACTIVATE akan menampilkan duta-duta dan penyokong Global Citizen termasuk Hugh Jackman, Common, Usher, Rachel Brosnahan, Gayle King, Bonang Matheba, Darren Criss, Pharrell Williams, Uzo Aduba, Becky G dan Priyanka Chopra Jonas.

Sebagai satu daripada pengiklan terbesar di dunia, P&G sedang mempelbagaikan cara bagaimana ia menjangkau kepada pengguna dengan menggunakan kandungan asli yang dipadankan dengan rakan-rakan yang berpengaruh untuk memberi penjelasan mengenai beberapa topik yang paling mendesak di dunia. Perkongsian itu juga termasuk ibu pejabat digital National Geographic dan Global Citizen bagi penonton yang ingin menyelami lebih mendalam ke dalam enam isu kritikal yang ditonjolkan di dalam siri itu. Penonton akan dapat mengambil tindakan terhadap kempen Global Citizen dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai usaha korporat dan jenama yang diketuai oleh Tide, Always, Head & Shoulders dan Charmin.

ACTIVATE akan ditayangkan di Amerika Syarikat di National Geographic pada Khamis, 5 September pada 10/9c; semak senarai tempatan anda.

Maklumat lanjut mengenai Setiap Episod:

ACTIVATE: Membasmi Kemiskinan Terlampau
Tayangan Perdana: Khamis, 5 Sept., 2019
Hugh Jackman, Priyanka Chopra Jonas dan Becky G menyertai Global Citizen dalam kempen untuk meminta pemimpin-pemimpin dunia supaya menggubal perubahan dasar yang akan menamatkan kemiskinan yang terlampau di seluruh dunia. Ketika Jackman bersiap sedia untuk festival Central Park yang besar bagi organisasi itu, Becky G bergerak ke Mexico untuk menguatkan kempen Global Citizen bagi meminta syarikat-syarikat untuk menyokong perniagaan milik wanita. Pakar-pakar menggambarkan keadaan kemiskinan terlampau di seluruh dunia, kemajuan besar yang telah dibuat dalam tempoh 20 tahun yang lalu dan penyelesaian berinovatif yang dilaksanakan di seluruh dunia, termasuk usaha penyumberan bertanggungjawab oleh P&G dan jenama Charmin mereka.

ACTIVATE: Menamatkan Jaminan Tunai
Tayangan Perdana: Khamis, 12 Sept., 2019
Artis dan aktivis Common dan Usher bergabung tenaga dengan Global Citizen dan penganjur di peringkat akar umbi ketika mereka berusaha untuk mencapai pembaharuan keadilan jenayah bersejarah dengan menamatkan penggunaan jaminan tunai di negeri New York. Komitmen P&G untuk menangani sikap berat sebelah perkauman melalui filem 2017, The Talk, dan filem baharu, The Look, diteroka menerusi pembikin filem yang telah mencipta semula bagaimana sikap berat sebelah masih ditemui dalam pengalaman sehari-hari oleh rakyat Afrika Amerika.

ACTIVATE: Education Cannot Wait
Tayangan Perdana: Khamis, 19 Sept., 2019
Pelakon yang memenangi Anugerah Emmy Rachel Brosnahan bergandingan dengan Global Citizen dan bergerak ke perbatasan Peru untuk melihat apa yang berlaku kepada pendidikan kanak-kanak semasa konflik dan bencana alam. Selepas satu pengalaman yang penuh emosi dengan keluarga yang tersisih, Brosnahan dan Global Citizen kembali ke Amerika Syarikat, di mana mereka mendesak Ireland, United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk menjanjikan berjuta-juta kepada Education Cannot Wait, sebuah dana global untuk pendidikan semasa krisis. Pakar-pakar menerangkan kesan tidak seimbang yang disebabkan oleh bencana alam dan konflik ke atas negara-negara membangun dan cara orang dan jenama di seluruh dunia, seperti Tide, memberikan bantuan yang berkesan semasa kecemasan.

ACTIVATE: Mengekalkan Gadis-gadis di Sekolah
Tayangan Perdana: Khamis, 26 Sept., 2019
Priyanka Chopra Jonas menyertai Global Citizen dan aktivis di seluruh dunia ketika mereka berkempen untuk memecahkan halangan kepada pendidikan kanak-kanak perempuan. Sementara itu, Gayle King dan Bonang Matheba menghimpunkan berpuluh ribu orang supaya menggesa kerajaan Afrika Selatan untuk menjanjikan $58 juta ke arah menamatkan “kemiskinan zaman” dan menyediakan anak gadis dengan pendidikan mengenai haid dan sumber yang mereka perlu untuk kekal berada di sekolah dan merasa yakin. Pakar-pakar menerangkan pelbagai isu yang boleh menyebabkan anak gadis terhalang daripada mendapat pendidikan di negara-negara membangun, dan kemajuan besar yang sedang dibuat di seluruh dunia, seperti usaha yang dilakukan oleh jenama produk penjagaan wanita Always dalam menyediakan sumber pendidikan percuma.

ACTIVATE: Menamatkan Pencemaran Plastik
Tayangan Perdana: Khamis, 3 Okt., 2019
Pharrell Williams menyertai usaha Global Citizen untuk mendapatkan kerajaan, syarikat dan orang perseorangan bagi menyelesaikan krisis pencemaran plastik di lautan. Sementara itu, Darren Criss bergerak ke Filipina untuk menyaksikan kesan plastik terhadap orang ramai yang hidup dalam kemiskinan yang terlampau dan menyeru warga dunia supaya mendesak datuk bandar mereka untuk membuat komitmen agar bandar raya menjadi sifar sisa di masa hadapan. Pakar-pakar menggambarkan kesan pencemaran plastik yang tidak seimbang terhadap rakyat di negara-negara membangun dan cara orang dan jenama, seperti Head & Shoulders, sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah di seluruh dunia.

ACTIVATE: Air Bersih
Tayangan Perdana: Khamis, 10 Okt., 2019
Pelakon “Orange Is the New Black” Uzo Aduba bergabung dengan Global Citizen ketika mereka menghimpunkan berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk memastikan air minum yang bersih dan sanitasi yang sesuai untuk orang yang paling lemah di dunia. Mereka mengembara ke tanah air ibu bapa Aduba di Nigeria, di mana mereka menggesa gabenor-gabenor untuk menyalurkan dana kerajaan bagi membasmi krisis air tercemar dan perbuatan membuang air besar secara terbuka. Pakar-pakar menerangkan kesan daripada air minuman yang tercemar ke atas rakyat di negara-negara membangun dan penyelesaian yang sedang dilaksanakan di seluruh dunia, termasuk Program Air Minum Selamat Kanak-Kanak P&G.

Maklumat mengenai Procter & Gamble
P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G itu termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

Maklumat mengenai National Geographic
National Geographic Partners LLC (NGP), satu usahasama di antara National Geographic Society dan Disney, adalah komited untuk membawa kandungan sains, pengembaraan dan eksplorasi premium dunia merentasi seluruh portfolio aset media yang tiada tandingannya. NGP menggabungkan saluran televisyen global National Geographic (National Geographic Channel, Nat Geo WILD, Nat Geo MUNDO, Nat Geo PEOPLE) dengan media dan aset National Geographic yang berorientasikan pengguna, termasuk majalah National Geographic; studio National Geographic; platform digital dan media sosial yang berkaitan; buku-buku; peta; media kanak-kanak; dan aktiviti sampingan yang termasuk perjalanan, pengalaman dan peristiwa global, jualan arkib, pelesenan dan perniagaan e-dagang. Meneruskan pengetahuan dan pemahaman mengenai dunia kita telah menjadi tujuan teras bagi National Geographic selama 131 tahun, dan sekarang kami komited untuk terus mendalaminya, mengembangkan sempadan, bergerak ke hadapan bagi pengguna kami ... dan mencapai jutaan orang di seluruh dunia di 172 buah negara dan 43 bahasa pada setiap bulan sebagaimana yang kami lakukan. NGP mengembalikan 27 peratus daripada hasil kami kepada National Geographic Society yang tidak mencari keuntungan untuk membiayai kerja di dalam bidang sains, eksplorasi, pemuliharaan dan pendidikan. Untuk maklumat lanjut sila layari natgeotv.com atau nationalgeographic.com, atau cari kami di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, LinkedIn dan Pinterest.

Maklumat mengenai Global Citizen
Sejak Festival Global Citizen yang pertama di New York pada tahun 2012, Global Citizen telah berkembang menjadi satu daripada platform yang paling besar, dan paling nyata bagi golongan muda di seluruh dunia yang menggesa pemimpin dunia untuk menghormati tanggungjawab mereka dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mapan Bangsa-bangsa Bersatu dan menamatkan kemiskinan terlampau menjelang tahun 2030. Global Citizen telah menjanakan komitmen dan pengumuman dasar dari pemimpin-pemimpin yang bernilai lebih $37.9 bilion yang bakal mempengaruhi kehidupan lebih daripada 2.25 bilion orang. Organisasi itu telah mengambil model mereka yang berasaskan tindakan ke Afrika Selatan, Australia, India, United Kingdom, Jerman, Belgium dan Kanada, dan mewujudkan sebuah platform bagi aktivis untuk mempelajari tentang isu-isu yang paling penting buat mereka, mengambil tindakan dan memperoleh ganjaran dalam melakukannya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12516

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...