Monday, September 30, 2019

PEJABAT LENGKAP VIO BY PKNS SERENDAH RM60, TAWARAN HEBAT MEMULAKAN PERNIAGAAN

SHAH ALAM, 30 Sept (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU)  julung kalinya mengadakan kerjasama melibatkan empat agensi iaitu Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agro Bank dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) sebagai salah satu inisiatif kemudahan yang membuka peluang kepada usahawan Bumiputera di Selangor memulakan mahupun memajukan perniagaan dan meningkatkan keuntungan.

Kini perniagaan lebih mudah dengan adanya VIO by PKNS yang merupakan program sewaan pejabat yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS.

VIO by PKNS yang terletak di PKNS BizPoint, Shah Alam telah mula beroperasi sejak 2010 dan sehingga kini sebanyak 518 syarikat menyertai pakej ini yang menawarkan tiga (3) pakej sewaan pejabat iaitu pejabat fizikal, pejabat maya dan alamat korporat.

Pengurus Komunikasi Korporat, Mahfizul Rusydin berkata, “kerjasama yang terjalin ini menawarkan pakej yang berbaloi atau value-for-money kepada usahawan menerusi tambahan satu lagi pakej sewaan yang baharu diperkenalkan iaitu Business Address dengan kadar sewaan serendah RM60 sebulan”.

“Pakej yang ditawarkan ini semestinya menarik kerana bukan sahaja kadar sewaan dengan harga yang rendah bahkan turut memberikan kemudahan yang inklusif kepada usahawan untuk mempunyai alamat pejabat sendiri, bilik mesyuarat, pengurusan surat menyurat, kawalan keselamatan pejabat selama 24 jam dan kemudahan wifi tanpa had”.

Tawaran ini hanya berlangsung selama enam (6) bulan bermula dari 1 Oktober 2019 sehingga 31 Mac 2020 sahaja. Penyertaannya pula hanya terbuka kepada usahawan yang berdaftar dibawah kendalian empat (4) agensi berkenaan dan berstatus bumiputera.

Sehingga kini, usahawan yang terlibat dengan pakej ini adalah seramai 25 orang. Antara perniagaan yang dijalankan oleh usahawan ini adalah servis rundingan perniagaan, produk makanan dan pakaian.

Ujar Mahfizul, beliau berharap dengan adanya kemudahan pakej seperti yang ditawarkan ini sedikit sebanyak dapat membantu usahawan mempunyai alamat perniagaan yang formal dan diharapkan dapat mengurangkan kos perbelanjaan permulaan perniagaan serta sekaligus meningkatkan kemampuan usahawan untuk menceburi bidang perniagaan.

Mengenai PKNS

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12615

No comments:

Post a Comment

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...