Thursday, September 26, 2019

BRANDSTARS UMUMKAN JENAMA MEWAH KOREA 2019

SEOUL, Korea Selatan, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS telah mengumumkan pemilihan pemenang akhir untuk jenama mewah Korea 2019.
 
Jawatankuasa itu telah mengkategorikan jenama paling disukai di Korea, China, dan Asia Tenggara mengikut kategori dan mengumumkan satu penilaian keseluruhan bagi jenama-jenama di seluruh rantau Asia.
 
Jenama-jenama yang dipilih untuk dua tahun berturut-turut termasuk Amorepacific SulwhasooLG Household and Health Care's The History of Whoo dan Nature Republic di dalam kategori kosmetik; Korea Ginseng Corporation CheongKwanJang di dalam kategori makanan kesihatan; LG Electronic PuriCare di dalam kategori pembersih udara, Huggies di dalam kategori lampin pakai buang; Buldak Ramen di dalam kategori Ramen; Gentle Monster di dalam kategori cermin mata hitam; MCM di dalam kategori beg; CUCKOO di dalam kategori periuk nasi; dan CGbio GISELLELIGNE di dalam kategori pengisi.
 
Jenama-jenama yang baharu dipilih pada tahun ini adalah LG Pra.L di dalam kategori peranti kecantikan di rumah; Charmzone dan MANYOFACTORY di dalam kategori kosmetik, dan MIDM Jen'y 3D Motion di dalam kategori peranti penjagaan kesihatan. Apharm telah mengeluarkan tiga jenama yang baharu dipilih termasuk PETIT[N] di dalam kategori penjagaan kesihatan dan Dr.NUELL dan RANGBLACK di dalam kategori kosmetik.
 
LG Pra.L telah dinamakan sebagai peranti kecantikan di rumah bagi tahun ini dengan keselamatan dan keberkesanannya yang terbukti berdasarkan kepada teknologi pembuatan perkakasan luar biasa oleh LG Electronics.
 
Dengan pelaburan mereka yang berterusan di dalam teknologi, Charmzone mempunyai beberapa teknologi paten yang berkaitan dengan kulit, memperluaskan jangkauan mereka ke lebih daripada 20 buah negara melalui mulut ke mulut.
 
Apharm telah menghasilkan satu keputusan yang hebat bahawa tiga jenama mereka telah dipilih. Dr.NUELL, yang terkenal kerana produk kosmetik yang menjadikan kulit lebih sihat apabila ia digunakan, dan RANGBLACK telah dipilih di dalam kategori kosmetik. Produk syarikat itu PETIT[N], sebuah jenama makanan fungsian kesihatan premium telah dipilih di dalam kategori kecantikan dan penjagaan kesihatan.
 
MIDM Jen’y 3D Motion telah dipilih untuk kategori peranti penjagaan kulit bagi teknologi mereka yang bertaraf dunia dan kemudahan pengguna. Ia adalah satu peranti yang diasaskan kepada teknologi Galvanic yang menawarkan fungsi urut pemanasan, penyejukan dan  getaran kesemuanya di dalam satu peranti.
 
Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS adalah sebuah organisasi profesional yang terdiri daripada pakar-pakar dari media dan industri, yang pakar di dalam penilaian jenama, perundingan dan penyelidikan pasaran. Jawatankuasa itu didedikasikan untuk menggalakkan jenama-jenama Korea kepada pengguna yang suka produk Korea dan menunjukkan arah yang betul bagi pengurusan jenama kepada syarikat-syarikat dengan menyediakan maklumat mengenai jenama Korea secara konsisten ke negara-negara Asia dan Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, Singapura, dan Malaysia.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52099079/en
 
Hubungi

Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS (brandstars.co.kr)
Ki-joo Kim +82-2-544-0153
 
Sumber: Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 --BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...