Thursday, September 19, 2019

DIGITAL REASONING MENGUMUMKAN PELABURAN STRATEGIK DARIPADA SC VENTURES MEMPERCEPAT PENGEMBANGAN GLOBAL BAGI PENYELESAIAN AI BAGI PENGAWASAN KOMUNIKASI DALAM GEOGRAFI BAHARU

Pendanaan Siri D-1 yang dilanjutkan akan membolehkan syarikat AI untuk meneruskan momentum dalam perkhidmatan kewangan dan memacu inovasi dalam pasaran antarabangsa yang semakin berkembang

NASHVILLE, Tenn., 19 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Digital Reasoning, peneraju dalam Kepintaran Buatan (AI) yang memahami niat dan tingkah laku manusia, hari ini mengumumkan pelaburan strategik daripada SC Ventures, unit inovasi, usaha sama dan pelaburan fintech bagi Bank Standard Chartered, membawa jumlah pusingan pendanaan Siri D-1 kepada $40 juta.Selain pelaburan ini, Digital Reasoning akan bekerjasama dengan Bank Standard Chartered untuk mengembangkan tawaran produk perkhidmatan kewangan dalam Pengawasan Komunikasi merentasi Asia Pasifik, Timur Tengah, dan pasaran antarabangsa.

“Digital Reasoning merupakan peneraju dalam analitis komunikasi, mengenal pasti dan mencari risiko dan pandangan utama daripada bahasa dan tingkah laku manusia.Tindakan ini memerlukan pemahaman tentang bahasa dan konteks pelbagai yang ditingkatkan merentasi berbilang budaya,” kata Tim Estes, Pengasas dan Presiden Digital Reasoning.“Standard Chartered merupakan bank global utama dengan jejak yang pelbagai.Melalui kerjasama ini, kami yakin kami boleh mempercepat kebolehgunaan penyelesaian kami merentasi Asia, Timur Tengah, dan Afrika.Bersama-sama kita akan mendemokrasikan dengan lebih lanjut menggunakan AI untuk memahami bahasa dalam pasaran tempat penyelesaian baharu ini boleh digunakan untuk kebaikan.”

Pelaburan daripada SC Ventures akan membolehkan Digital Reasoning untuk terus memegang kedudukan pemimpin pasaran dalam e-komunikasi dan Pengawasan Suara untuk Pematuhan, serta berkembang masuk pada keadaan penggunaan sampingan lain dalam institusi kewangan secara global.Selain itu, SC Ventures akan menyokong usaha Digital Reasoning untuk meluaskan katalog model pralatih untuk menyokong pertumbuhan dalam pasaran kewangan seperti Asia, Timur Tengah, dan Afrika.

Alex Manson, Ketua Global bagi SC Ventures, berkata:“Menentang salah laku dan tingkah laku tidak beretika dalam perkhidmatan kewangan merupakan komitmen yang tidak boleh dirunding sebagai sebuah bank, suatu tugas yang menjadi lebih rumit dengan sistem kewangan terhubung secara digital kita.Digital Reasoning merupakan peneraju dalam Pengawasan Kelakuan dan berkedudukan baik untuk membantu industri kita memenuhi komitmen tersebut.”

Pusingan pendanaan Siri D-1 Digital Reasoning ditutup kali pertama tahun lepas, didahului oleh BNP Paribas dengan penyertaan daripada Barclays, Square Capital, Goldman Sachs, Nasdaq, Lemhi Ventures, HCA, dan Partnership Fund for New York City.Macquarie seterusnya melabur dalam pusingan pendanaan ini dengan SC Ventures kini merupakan pelabur terkini untuk memberikan sumbangan.

Orang Hubungan Media
Randi Schochet | randi.schochet@digitalreasoning.com | +1 212-402-6113

Tentang Digital Reasoning
Digital Reasoning merupakan peneraju global dalam Kepintaran Buatan yang memahami niat dan tingkah laku manusia.Platform AI yang memenangi anugerah kami mengautomasikan tugas utama dan mendapatkan pandangan transformatif merentasi bilangan komunikasi manusia yang besar untuk kebanyakan perkhidmatan kewangan utama dunia dan organisasi penjagaan kesihatan.Untuk maklumat lanjut, pergi ke www.digitalreasoning.com dan ikuti pada Twitter di @dreasoning.

Tentang SC Ventures

SC Ventures merupakan unit inovasi, pelaburan fintech dan usaha sama Bank Standard Chartered.Berfokus pada “mewayarkan semula DNA dalam perbankan”, SC Ventures bermatlamat untuk membangunkan budaya dan set minda inovasi, mendalamkan keupayaan dan bereksperimen dengan model perniagaan baharu melalui platform terbuka dan rangkaian orang dan kerjasama.SC Ventures menjalankan rangkaian makmal inovasi eXellerator merentasi Singapura, Shanghai, Hong Kong, London, Nairobi, dan San Francisco.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://scventures.io/

Sumber: Digital Reasoning Systems, Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12567

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...