Produk NAND Antara Muka Bersiri generasi kedua dengan peningkatan prestasi dan kapasiti ditambah kepada barisan produk
TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan barisan generasi kedua mereka bagi produk ingatan kilat NAND untuk aplikasi terbenam dengan peningkatan prestasi dan kapasiti[1] bagi menyokong pemindahan data berkelajuan tinggi. Produk NAND Antara Muka Bersiri baharu itu serasi dengan Antara Muka Periferal Bersiri (SPI) yang digunakan secara meluas dan sesuai untuk pelbagai aplikasi pengguna, industri dan komunikasi. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula dari Oktober.
Dengan peranti menjadi semakin kecil dalam aplikasi IoT dan komunikasi, permintaan bagi ingatan kilat berkapasiti besar di dalam pakej kecil yang boleh mengendalikan pemindahan data berkelajuan tinggi dengan kiraan pin yang rendah semakin meningkat. Disebabkan oleh keserasiannya dengan SPI yang digunakan secara meluas, produk NAND Antara Muka Bersiri boleh digunakan sebagai produk ingatan kilat SLC NAND dengan kiraan pin yang rendah, berpakej kecil dan berkapasiti besar.
Untuk menyokong pemindahan data berkelajuan tinggi, produk NAND Antara Muka Bersiri generasi kedua yang baharu menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan produk[1] generasi pertama yang sedia ada, termasuk frekuensi kendalian 133 megahertz (MHz) dan program x4 mod. Selain itu, sebuah peranti 8 gigabit (1 gigabait)[2] telah ditambah kepada barisan produk sebagai respons kepada permintaan bagi kapasiti ingatan yang lebih besar.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12602
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment