LeddarTech® akan mempromosikan Penyelesaian LiDAR Kokun Leddarᵀᴹ Pixell di Amerika Utara dan Eropah sambil memberikan pembentangan yang mencetuskan pemikiran tentang teknologi LiDAR
QUEBEC CITY, 19 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti, berasa sukacita untuk mengumumkan bahawa syarikat akan menyertai beberapa acara menarik di Amerika Utara dan Eropah dalam bulan-bulan akan datang.Acara ini akan memberikan LeddarTech peluang untuk mempamerkan Leddar™ Pixell, LiDAR kilat 3D yang dikuasakan oleh LeddarEngine™ LCA2, yang direka bentuk secara khusus untuk kenderaan berautonomi.
17-19 September: AutoSens Brussels – Belgium
Sertai LeddarTech di AutoSens Brussels tempat kami akan membuat pameran bersama dengan Westfield Technology Group, pembekal kenderaan ulang-alik berautonomi berpangkalan di UK.LeddarTech akan mempamerkan penyelesaian LiDAR berkeadaan pepejal 3D terkini untuk kenderaan ulang-alik berautonomi dan kenderaan berautonomi lain, Leddar™ Pixell yang dilancarkan baru-baru ini.Ini merupakan peluang untuk pelawat melihat kenderaan ulang-alik POD Westfield yang digunakan secara meluas, yang menyepadukan teknologi LiDAR berkeadaan pepejal LeddarTech.Pada 17hb September, Vincent Racine, Pengurus Barisan Produk dan Esteban Velasquez, Jurutera Aplikasi Lapangan dari LeddarTech menyampaikan pembentangan pameran produk yang menampilkan Leddar™ Pixell untuk perwakilan dan media.
25hb-27hbSeptember : Persidangan Automotive Lidar – Detroit, Michigan
Pada hari Rabu, 27hb September, Michael Poulin, Naib Presiden Pengurusan Produk untuk LeddarTech akan membuat pembentangan tentang subjek yang bertajuk Implementing LiDAR Technologies in Autonomous Shuttle Applications.LeddarTech juga akan mempamerkan sensor LiDAR kokun Leddar™ Pixell.Persidangan ini dibilkan sebagai satu-satunya acara di dunia yang secara eksklusif berfokus pada teknologi dan aplikasi LiDAR automotif dan juga akan memberikan gambaran keseluruhan tentang unjuran pasaran dan aliran perniagaan.
17hb-18hb Oktober: Image Sensors Americas 2019 – San Jose, California
LeddarTech akan disertai oleh COAST Autonomous pada acara ini dan akan membuat demonstrasi LiDAR kokun Leddar™ Pixell pada kenderaan ulang-alik Coast Autonomous.Pada 17hb Oktober, Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknikal LeddarTech berserta Pierre Lefèvre, Ketua Pegawai teknikal Coast Autonomous akan membuat pembentangan bersama tentang subjek yang bertajuk LiDAR Technology for Autonomous Shuttles.Image Sensors Americas akan berfokus pada pembangunan teknikal yang membantu untuk menggerakkan penggunaan kenderaan berautonomi dan terhubung secara besar-besaran.
21hb-22hb November: Tech.AD Detroit, - Michigan
Diiktiraf sebagai salah satu acara kenderaan automasi unggul di Amerika Syarikat, Tech.AD Detroit menyatukan pengucap berfokuskan industri berserta ahli profesional kenderaan berautonomi yang memainkan peranan aktif dalam latar automasi kenderaan.Alex Ouellet-Bélanger, Pengarah Seni Bina Sistem untuk LeddarTech akan menjadi salah seorang pengucap yang ditampilkan di acara ini.
Tentang LeddarTech®
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine™ unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSP™.Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.
LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot.Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.
Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh ditemui di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedIn, Twitter, Facebook, dan YouTube.
Maklumat Hubungan:Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.:+1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com
Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, and LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.
SUMBER : LeddarTech inc.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment