Wednesday, September 25, 2019

ROI PANTAS DENGAN LYRE MINER DAN HARP MINER

WELLINGTON, New Zealand, 25 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BitHarp Group Limited ( www.BitHarp.com ), sebuah pengeluar perkakasan perlombongan kripto yang berpengalaman, memuncul secara pantas sebagai nama yang dipercayai dalam kalangan individu yang ingin menjana keuntungan dengan melombong kriptowang di rumah. Produk Lyre Miner dan Harp Miner yang dilancarkan baru-baru ini oleh syarikat dicirikan dengan haba dan penjanaan hingar rendah serta boleh diletakkan di mana-mana sahaja, menjadikannya sesuai untuk kegunaan rumah. Juga, pengguna boleh mula menggunakan rig perlombongan yang diprakonfigurasi ini hanya dengan memasangkan palam produk, memilih syiling pilihan dan memasuki data himpunan.

Salah satu atribut utama Lyre Miner dan Harp Miner ialah keupayaan produk ini untuk menjana pulangan kadar faedah yang pantas untuk semua pengguna. Objektif ini telah dicapai oleh produk dengan menyampaikan kuasa kadar hash yang amat tinggi untuk perlombongan. Kadar hash merupakan ukuran am bagi kuasa pemprosesan bagi rig perlombongan kripto. Kadar had yang lebih tinggi bermakna peluang yang ditingkatkan untuk perlombongan kriptowang dan menerima ganjaran blok. Tambahan pula, Lyre Miner dan Harp Miner menyokong kebolehuntungan dengan penggunaan tenaga rendahnya.

Kuasa kadar hash yang disampaikan oleh Lyre Miner dan Harp Miner dinyatakan di bawah.

Bitcoin: 335 TH/s (Lyre Miner) & 2000 TH/s (Harp Miner)

Litecoin: 55 GH/s (Lyre Miner) & 300 GH/s (Harp Miner)

Ethereum: 14 GH/s (Lyre Miner) & 75 GH/s (Harp Miner)

Dash: 9 TH/s (Lyre Miner) & 50 TH/s (Harp Miner)

"BitHarp merupakan syarikat terawal dalam pasaran ini untuk mencipta produk yang sesuai untuk peminat kripto biasa melombong dari rumah tanpa pengalaman atau pengetahuan yang banyak," kata Daniel Cox, Pengarah Kejuruteraan dari BitHarp. "Lyre Miner dan Harp Miner direka bentuk untuk menjadikan perlombongan kripto mudah dan mampu milik untuk mereka. Kami berasa sukacita untuk melihat ramai pelombong baharu memperoleh manfaat menggunakan rig perlombongan BitHarp dari rumah."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lyre Miner dan Harp Miner, sila lawati https://www.bitharp.com/

Tentang BitHarp: BitHarp merupakan pengeluar kriptowang berpangkalan di New Zealand bagi rig Perlombongan yang paling berprestasi tinggi dan fleksibel yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan untuk pelabur.

Orang hubungan media
Alexa Zimine
alexa@bitharp.com
+64 04 889 3268

SUMBER : Bitharp Group Limited

No comments:

Post a Comment

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...