Saturday, September 21, 2019

PEKERJA MAUT DIHEMPAP KAYU BALAK

Waris Pekerja Energy Lorry Workshop Terima Faedah PERKESO

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Arwah Muhammad Suhaimi merupakan seorang pemandu treler di Syarikat Energy Lorry Workshop yang terletak di Taman Klebang Jaya, Ipoh.
 
Hasil siasatan dan semakan mendapati waris layak menerima faedah PERKESO. Arwah Muhammad Suhaimi bin Saad, 26, meninggalkan seorang ibu, Azizah binti Ramli, manakala bapa arwah Saad bin Ismail telah meninggal dunia pada 9/11/1998 akibat penyakit kencing manis. Arwah merupakan anak bongsu daripada 7 adik-beradik dan mempunyai seorang abang Orang Kelainan Upaya (OKU).
 
Menurut pengurus syarikat, En. Look Pek Kong, pekerja Muhammad Suhaimi telah ditimpa kemalangan pada kira-kira jam 1.10 petang pada 11 September 2019 ketika sedang bekerja iaitu semasa hendak mengikat kayu-kayu balak yang berada di atas treler untuk dihantar ke Jawi, Pulau Pinang dari Gua Musang namun malangnya salah satu kayu tersebut menggelungsur laju lalu terjatuh dan menghempap belakang badan serta leher dan OB meninggal dunia di tempat kejadian. Borang permohonan iaitu Borang 34 (Butiran Notis dan Tuntutan Faedah) telah dilengkapkan oleh waris OB dan telah mengemukakannya ke Pejabat Sg. Petani pada 18/9/2019.
   
Pada 19.9.2019 jam 3.00 petang, Majlis Penyampaian Cek Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 telah disampaikan oleh YB Dato' Johari bin Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani (ADUN Gurun) semasa kunjungan di kediaman arwah di Kampung Baru RISDA, Gurun. Selain daripada itu, ibu arwah akan menerima bayaran pencen secara bulanan di bawah Faedah Orang Tanggungan(FOT) PERKESO sepanjang hayatnya.
 

Turut hadir, Pengurus PERKESO Sungai Petani, Encik Shukri bin Mohammad Daud, Timbalan Pengurus Sg. Petani, Pn Ainun Mardiyah bt. Osman dan 3 orang Pegawai Eksekutif Pn. Norhafizzah bt. Zulkifli, Pn. Siti Mariam bt. Ahmad dan En. Mohammad Roshidi bin Ghazali.

Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

No comments:

Post a Comment

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...