Wednesday, September 11, 2019

PROGRAM PERTUKARAN SUKAN (RAGBI): LAWATAN DARI NEGARA-NEGARA ASEAN DAN TIMOR-LESTE DI BAWAH PROGRAM HUBUNGAN PERSAHABATAN JEPUN "JENESYS 2019"

TOKYO, 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai sebahagian daripada Program Hubungan Persahabatan Jepun “JENESYS 2019” yang dipromosikan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, 165 orang pelajar muda (Lelaki dan Perempuan) yang mempunyai minat dalam sukan Ragbi dan pegawai-pegawai dari persatuan Ragbi dari negara-negara ASEAN (Brunei, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam) dan Timor-Leste akan melawat Jepun dari 13 hingga 21 September.

Kumpulan itu akan melawat wilayah Shizuoka dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar sekolah menengah dan mahasiswa Universiti Shizuoka melalui Ragbi. Selain itu, program itu menyediakan syarahan mengenai tema itu (Perhubungan di antara Jepun dan ASEAN melalui Tag Ragbi, Ragbi Piala Dunia 2019, dan Aktiviti mengenai Ragbi di Shizuoka dan sebagainya). Ia dijangka bertukar merentasi seluruh negara-negara melalui Latihan Bersama dan Perlawanan Persahabatan Tag Ragbi.

Pada 17 September, kumpulan itu akan melawat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, dan pada 20 September, mereka akan menonton perlawanan pembukaan bagi Ragbi Piala Dunia 2019.

Melalui program ini, adalah diharapkan bahawa perhubungan di antara Jepun dan negara-negara ASEAN dan Timor-Leste akan diperkukuhkan, dan peserta secara aktif menyebarkan daya tarikan Jepun.

[Rujukan] Program Hubungan Persahabatan Jepun “JENESYS2019”
Program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran penduduk di antara Jepun dan pelbagai negara di Asia Pasifik, Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Caribbean, dan untuk menggalakkan satu pemahaman tentang ekonomi, masyarakat, sejarah, pelbagai budaya, politik dan hubungan diplomatik Jepun di kalangan peserta.

Jadual lawatan
13 September (Jumaat)
[Ketibaan] Tiba di Jepun di lapangan terbang Narita/Haneda
[Bergerak] Bergerak ke Shizuoka
[Orientasi]

14 September (Sabtu)
[Syarahan mengenai tema itu] Syarahan mengenai pertukaran antarabangsa melalui Ragbi
[Pertukaran Sukan] Menjelaskan mengenai peraturan Tag Ragbi, Latihan bersama (Pasukan Campuran)

15 September (Ahad)
[Pertukaran Sukan] Latihan Bersama (Pasukan Campuran)

16 September (Isnin)
[Pertukaran Kebudayaan] Pertukaran Taiko (gendang Jepun), dengan Sekolah Menengah Hiryu
[Pertukaran Sukan] Perlawanan Persahabatan (Pasukan Campuran)
[Mesyuarat pertukaran] Pejabat Kerajaan Wilayah Shizuoka/ Persatuan Bola sepak Ragbi Shizuoka/ Persatuan Bola sepak Ragbi Jepun/ Sekolah Menengah Shoyo Shizuoka Universiti Tokai/ Sekolah Menengah Teknikal Numazu

17 September (Selasa)
[Kunjungan Hormat] Syarahan oleh pejabat kerajaan Tempatan wilayah Shizuoka
[Syarahan berhubung tema itu] Syarahan berhubung perhubungan di antara Jepun dan ASEAN oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
[Kunjungan Hormat ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri]

18 September (Rabu)
[Pertukaran Sekolah] Universiti Shizuoka
[Pertukaran Sekolah] Sekolah Menengah Fujieda Junshin/ Sekolah Menengah Teknikal Numazu wilayah Shizuoka/ Sekolah Menengah Tinggi Salesio Shizuoka/ Sekolah Menengah Seiko Gakuin Shizuoka

19 September (Khamis)
[Melawat berkaitan dengan tema itu: Memahami Matlamat Antarabangsa (SDG)] Taman Ekologi Gunung Fuji
[Melawat Bangunan-bangunan Bersejarah] Tokong Mishima
[Bengkel]

20 September (Jumaat)
[Sesi Pelaporan]
[Menyaksikan perlawanan pembukaan Ragbi Piala Dunia 2019]

21 September (Sabtu)
[Berlepas] Berlepas pulang dari lapangan terbang Narita/Haneda

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12525

No comments:

Post a Comment

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...