Friday, September 13, 2019

EXXONMOBIL LANCAR PENAWARAN MOBIL EV™ UNTUK KENDERAAN ELEKTRIK BATERI

ExxonMobil mengumumkan pelancaran penawaran Mobil EV™ mereka di peringkat global, yang menampilkan suite lengkap cecair dan gris yang direka untuk memenuhi keperluan rangkaian kuasa yang berkembang bagi kenderaan elektrik bateri. *Sila rujuk kepada pakej produk komersial untuk label sebenar, data produk dan spesifikasi. (Foto: Business Wire)


Penawaran baharu membolehkan prestasi bagi kenderaan elektrik bateri dipertingkatkan
  • Penawaran Mobil EV™ itu membantu kenderaan elektrik bateri untuk bergerak lebih jauh di antara cas, melanjutkan hayat komponen peralatan dan menggalakkan operasi yang lebih selamat
  • Pelancaran itu menyoroti kerjasama rapat di antara ExxonMobil dan pengeluar peralatan asal untuk memenuhi cita-cita mobiliti pengguna yang berkembang

FRANKFURT, Jerman, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ExxonMobil hari ini mengumumkan pelancaran penawaran Mobil EV™ mereka di peringkat global pada IAA 2019, yang menampilkan satu suite lengkap cecair dan gris yang direka untuk memenuhi keperluan rangkaian kuasa yang berkembang bagi kenderaan elektrik bateri. Jika digabungkan, pemalam hibrid, elektrik bateri dan kenderaan sel bahan api dijangka melebihi 20 peratus daripada armada tugas ringan dunia menjelang tahun 20401.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190912005285/en/

“Mobiliti sedang berubah dan kenderaan elektrik kini menjadi sebahagian besar daripada campuran itu,” kata Russ Green, naib presiden Exxon Mobil bagi pelincir siap. “Pelanggan dan OEM sedang mencari jalan untuk mengoptimumkan julat dan prestasi keselamatan bagi kenderaan elektrik mereka, dan ExxonMobil berada pada kedudukan yang unik untuk menyampaikan manfaat ini. Ini hanya merupakan permulaan bagi penyelesaian produk dan perkhidmatan yang kami akan bangunkan untuk menyokong keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang.”

Direka untuk menyokong keperluan mobiliti kenderaan elektrik bagi pengeluar dan pemandu, suite produk Mobil EV itu mengandungi molekul yang dipilih dengan teliti dan dipadankan untuk membantu kenderaan elektrik bateri bergerak lebih jauh di antara cas, sekali gus memanjangkan hayat komponen dan beroperasi dengan lebih selamat. Meliputi pelbagai aplikasi kenderaan elektrik bateri, rangkaian produk Mobil EV itu termasuk:
  • Siri Mobil EV Therm™ bagi cecair pengurusan terma, yang dirumuskan untuk membantu mengeluarkan haba secara cekap dan meningkatkan hayat peralatan dalam aplikasi seperti bateri, motor elektrik, dan elektronik kuasa.
  • Siri Mobil EV Drive™ bagi minyak pelincir untuk kotak gear pengurangan kenderaan elektrik, yang direka untuk melindungi gear dan galas daripada haus untuk satu hayat perkhidmatan yang lebih lama.
  • Siri Mobil EV Cool Drive™ bagi cecair untuk kotak gear pengurangan kenderaan elektrik dengan motor elektrik bersepadu, yang direka untuk melincirkan gear dan galas dan pada masa yang sama menyediakan penyejukan yang diperlukan untuk motor elektrik dan elektronik kuasa.
  • Produk Mobil EV Grease™ memastikan perlindungan, prestasi dan kebolehpercayaan bagi aplikasi kenderaan elektrik termasuk e-motor, galas dan sendi halaju berterusan merentasi pelbagai keadaan pemanduan.
Dengan membangunkan di atas warisan lebih daripada 135 tahun, ExxonMobil komited untuk memanfaatkan teknologi cecair dan kepakaran pengurusan peralatan mereka untuk membantu pengeluar kereta dan komponen membangunkan kenderaan elektrik yang memberikan pengalaman pemanduan yang unggul kepada pelanggan.

Pelancaran ini adalah berikutan pelanjutan perkongsian syarikat itu dengan Porsche untuk memasukkan kerjasama pada kereta siri Formula E mereka untuk musim 2019/2020 – penyertaan pertama ExxonMobil ke dalam sukan bermotor elektrik. ExxonMobil akan menyediakan cecair rangkaian kuasa elektrik berprestasi tinggi berjenama Mobil kepada Porsche, yang dibangunkan secara khusus bagi memenuhi keperluan khas untuk kenderaan elektrik – termasuk kekonduksian, keupayaan penyejukan dan keserasian bahan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.mobilev.com.

Maklumat mengenai ExxonMobil

ExxonMobil, syarikat minyak dan gas antarabangsa terbesar yang didagangkan secara terbuka, menggunakan teknologi dan inovasi untuk membantu memenuhi keperluan tenaga dunia yang semakin meningkat. ExxonMobil memiliki satu inventori sumber industri yang utama, merupakan satu daripada penapis dan pemasar terbesar bagi produk petroleum, dan syarikat kimia mereka adalah merupakan satu daripada yang terbesar di dunia.
 
1 2019 Pandangan untuk Tenaga; Satu Perspektif sehingga 2040, ExxonMobil, 2019

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190912005285/en/

Hubungi

Perhubungan Media
832-625-4000

Sumber : ExxonMobil

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...