WELLINGTON, New Zealand, 19 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BitHarp (www.bitharp.com), sebuah syarikat yang berpangkalan di New Zealand yang khusus untuk mencipta rig perlombongan berprestasi tinggi, baharu sahaja memperkenalkan satu kempen promosi 3 campur 1 yang menarik untuk produk mereka yang baharu dilancarkan Lyre Miner dan Harp Miner. Tawaran istimewa ini akan tersedia sehingga 2 Oktober, dengan menawarkan satu rig perlombongan secara percuma kepada sesiapa yang membeli tiga unit.
BitHarp menjadi tumpuan umum baru-baru ini dengan pelancaran rasmi bagi dua rig perlombongan mereka yang cekap. Sewaktu mereka bentuk pelombong ini, syarikat itu telah memberi sepenuh tumpuan kepada prestasi produk dan keuntungan bagi pengguna. Sesuai untuk digunakan di rumah, pejabat, dan juga di pusat-pusat data, kedua-dua rig ini berupaya untuk melombong Bitcoin, Litecoin, Ethereum, dan Dash. Kedua-dua Lyre Miner dan Harp Miner adalah sangat berkuasa, dengan menawarkan kadar kuasa hash yang luar biasa dengan penggunaan tenaga yang rendah seperti yang disenaraikan di bawah.
Lyre Miner: 335 TH untuk Bitcoin, 55 GH untuk Litecoin, 14 GH untuk Ethereum, dan 9 TH untuk Dash dengan penggunaan tenaga 600W.
Harp Miner: 2000 TH untuk Bitcoin 300 GH untuk Litecoin, 75 GH untuk Ethereum, dan 50 TH untuk Dash dengan penggunaan tenaga 2400 W.
Satu daripada objektif utama bagi BitHarp adalah untuk membolehkan manfaat daripada perlombongan kripto dapat diakses oleh orang perseorangan yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman mengenai perlombongan. Kedua-dua produk mereka dihantar pra-konfigurasi, sekali gus membolehkan pelanggan untuk hanya memasukkan, memilih duit syiling yang mereka ingin lombong, memasukkan data kolam, dan mula melombong. Yang paling penting, produk-produk itu mampu menyampaikan ROI yang signifikan dalam satu masa yang singkat.
“Kami sangat gembira untuk memperkenalkan tawaran promosi 3 campur 1 kami yang baharu. Di BitHarp, kami sentiasa mencari jalan untuk membuat perlombongan kripto lebih menguntungkan bagi pelanggan kami,” kata seorang jurucakap dari BitHarp. “Sekarang, anda boleh mengambil empat daripada rig perlombongan kami yang berprestasi tinggi itu dan membayar harga bagi tiga, sehingga 2 Oktober.”
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lyre Miner dan Harp Miner, sila layari https://www.bitharp.com/
Maklumat mengenai BitHarp: BitHarp adalah sebuah pengeluar mata wang kripto yang berpangkalan di New Zealand bagi rig perlombongan yang fleksibel dan paling berprestasi tinggi yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan bagi pelabur.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12564
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment