Wednesday, September 18, 2019

INNOVAHEALTH PARTNERS MELABUR DALAM KOELIS, PENERAJU DALAM DIAGNOSTIK DAN RAWATAN KANSER PROSTAT

NEW YORK, 18 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Koelis SAS (“Koelis” atau “Syarikat”) dan InnovaHealth Partners, LP (“InnovaHealth”) membuat pengumuman bersama-sama hari ini berserta dengan Medevice Partners (“Medevice”) bahawa InnovaHealth telah membuat pelaburan ekuiti pertumbuhan dalam Koelis dan memperoleh kepentingan majoriti dalam Syarikat.

Koelis ialah inovator kepimpinan dalam pasaran untuk sistem dipandu imej bagi diagnosis dan rawatan kanser prostat.Produk Syarikat memiliki kelulusan kawal selia dan telah dikomersialkan di AS, Eropah dan kebanyakan pasaran Asia.Sistem Koelis Trinity™ menawarkan ciri peneraju dalam pasaran termasuklah pengimejan “pelakuran”, penjejakan organ, bantuan robot dan terapi fokus. Sistem Koelis merupakan teknologi baharu penting yang membolehkan ahli urologi untuk mendiagnosis kanser prostat dengan lebih tepat dan boleh menawarkan pilihan rawatan yang kurang invasif dan tidak radikal. Syarikat berpangkalan di Grenoble, Perancis dan Boston, Massachusetts, AS, serta memiliki pejabat di Hong Kong.

Antoine Leroy, Ketua Pegawai Eksekutif Koelis, berkata, “Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan InnovaHealth, pengkhususan mereka dalam peralatan perubatan akan meningkatkan nilai Syarikat kita dengan ketara. InnovaHealth merupakan rakan kerjasama yang ideal untuk menyokong pertumbuhan perniagaan global Syarikat kita berdasarkan rekod prestasi yang telah terbukti tentang penghasilan nilai dalam portfolio mereka. Perhubungan strategik mereka, rangkaian klinisian global dan modal akan menjadi penting dalam tahun-tahun akan datang.”

Cécile Real, Presiden & CEO Medevice menambah, “Memandangkan kedua-duanya ialah rakan operasi dan kewangan rapat Koelis sejak 2012, kami berkongsi keterujaan Antoine dan mengalu-alukan pasukan InnovaHealth sementara kami mengorak langkah ke fasa seterusnya bagi pertumbuhan dan penghasilan nilai Syarikat.”

Mortimer “Tim” Berkowitz III, Presiden & CEO InnovaHealth berkata, “Dalam mentransformasikan cara kanser prostat didiagnosis dan dirawat, kami melihat potensi yang besar untuk membawa teknologi dibezakan Koelis untuk diskalakan dalam pasaran global $2.5 bilion, yang dapat menangani keperluan klinikal yang tidak dapat dipenuhi.”  InnovaHealth yang berpangkalan di AS merupakan firma ekuiti persendirian pertumbuhan peralatan perubatan pakar utama.  Pasukan InnovaHealth mengurus kira-kira $200 juta dan mempunyai lebih 100 tahun pengalaman pelaburan dalam pasaran peralatan perbuatan global.

Maklumat Hubungan:

Koelis:Antoine Leroy, Presiden dan CEO
e-mel: leroy@koelis.com

InnovaHealth Partners:Lauren Uzdienski, Pengarah Penyelidikan
e-mel: lu@innovahp.com

SUMBER : InnovaHealth Partners

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...