Friday, September 6, 2019

YOOZOO GAMES MENGUMUMKAN STRATEGI 2019 + BERAKHIRNYA MARATON PERMAINAN EPIK UNTUK MEMBANTU PROGRAM MAKANAN SEDUNIA

Tajuk-tajuk IP global dan membawa permainan popular di Asia ke pasaran Barat adalah merupakan teras bagi strategi YOOZOO Games 

COLOGNE, Jerman, 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Meraikan ulang tahun mereka ke-10, YOOZOO Games telah menampilkan satu paparan yang mengagumkan pada pameran Gamescom buat peminat, pemain dan rakan industri, dengan menyampaikan tajuk-tajuk dan strategi terbaharu mereka untuk tahun yang akan datang.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190829005374/en/



Pada tahun ini, hadirin dapat melihat buat kali pertama tajuk-tajuk IP yang menarik Saint Seiya Awakening: Knights of the Zodiac sebelum pengeluaran mereka ke pasaran Barat. Pada separuh pertama tahun 2019, permainan itu telah mencapai keputusan yang sangat baik selepas dilancarkan di Asia – dengan menerima lebih daripada 50 cadangan halaman App Store dan Google Play. Permainan itu adalah RPG paling tinggi di Hong Kong, Taiwan dan Macau. Permainan itu telah berulang kali menduduki di tempat pertama pada permainan RPG percuma paling tinggi di Asia Tenggara, termasuk Thailand, Indonesia dan Singapura.

Liu Wanqin, Naib Presiden bagi Penerbitan Luar Negeri untuk YOOZOO Games berkata, “Penerbitan luar negeri kami diwujudkan untuk mengeluarkan tajuk-tajuk yang terkenal di seluruh dunia dan membawa permainan yang popular di Asia ke pasaran Barat. Inilah yang kami lakukan dengan Saint Seiya. Siri manga itu adalah sebuah klasik zaman kanak-kanak yang sangat diminati di Jepun, dengan mempunyai pengikut kultus di seluruh dunia.”

Ketika syarikat-syarikat permainan China menghadapi peraturan dan penyesuaian domestik yang ketat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, YOOZOO telah berusaha untuk mengembangkan operasi mereka ke luar negeri. Pendapatan luar negeri menyumbang sebanyak 51.49% daripada pendapatan operasi pada tahun 2018 – yang dibina di atas satu rangkaian pengedaran luar negeri yang mantap yang meliputi lebih daripada 200 buah negara dan wilayah.

Perkara ini diperkuatkan oleh pengambilalihan YOOZOO ke atas permainan Bigpoint yang berpusat di Jerman. YOOZOO Games memiliki 100% kepentingan ke atas pemaju permainan Jerman yang terkenal itu. Bigpoint kini bertindak sebagai satu jambatan ke Barat untuk YOOZOO, dengan membantu memperluaskan jangkauan global bagi syarikat permainan China itu dan meningkatkan keupayaan pembangunan dan pengedaran global mereka. Sebagai balasan, YOOZOO membawa begitu banyak pengagihan permainan dan sumber dan pengetahuan penerbitan untuk memperkuatkan kedudukan dan keupayaan pembangunan permainan Bigpoint.

Selain itu, YOOZOO juga sedang sibuk melaksanakan peranan mereka untuk kerja amal. Mereka baru-baru ini telah menyiapkan Maraton Permainan GTarcade Hunger Heroes  yang pertama, dengan mengumpulkan wang untuk pasukan mereka di dalam Program Makanan Sedunia, aplikasi ShareTheMeal. Pemain-pemain harus twit gambar dengan hashtag #GTarcadeHungerHeroes, membuat penstriman secara langsung bagi permainan mereka, atau mengumpul item dalam permainan -- untuk kesemua ini, YOOZOO Games akan mendermakan makanan bagi pihak pasukan #GTarcade mereka kepada Program Makanan Sedunia. Secara keseluruhan, YOOZOO bersedia untuk mendermakan $21,711.25 – yang berjumlah 43,422 hidangan makanan. Walaupun ini hanya merupakan tahun pertama acara itu berlangsung, YOOZOO berharap untuk menjadikannya lebih besar dan lebih baik pada tahun hadapan, dengan lebih ramai pemain menyertainya, dan lebih banyak hidangan makanan dikongsi bersama dengan kanak-kanak yang lapar di seluruh dunia.

Maklumat mengenai YOOZOO Games

YOOZOO Games adalah sebuah syarikat hiburan global yang mengkhususkan diri di dalam pembangunan dan pengedaran permainan. Syarikat itu beribu pejabat di Shanghai dan mempunyai pejabat di London, Berlin, Hong Kong, Singapura, dan bandar raya-bandar raya utama yang lain. Sejak penubuhannya pada tahun 2009, YOOZOO telah melancarkan pelbagai produk yang sangat berjaya seperti Games of Thrones Winter is Coming, Legacy of Discord – Furious Wings dan League of Angels, dan telah menjalin satu rangkaian pengedaran global yang mantap.

Laman Rasmi http://www.yoozoo.com/

Portal Permainan Global https://www.gtarcade.com/

LinkedIn linkedin.com/company/yoozoogames

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12500

No comments:

Post a Comment

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...