WELLINGTON, New Zealand, 30 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pasaran global yang pesat berkembang untuk mata wang kripto sedang hangat diperkatakan dengan pengenalan dua rig perlombongan luar biasa yang direka khas baru-baru ini, Lyre Miner dan Harp Miner dari BitHarp Group Limited (www.bitharp.com). Daripada menumpukan perhatian hanya kepada pemangkin yang sangat cekap dan teknologi pintar, kedua-dua produk ini dicipta bagi membolehkan peminat kasual serta pelombong kecil-kecilan untuk meraih kekayaan mereka keluar daripada perlombongan kripto.
Selama bertahun-tahun, perlombongan mata wang kripto telah menyaksikan peningkatan yang serius. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh sifat teknikal yang sangat tinggi bagi domain ini, ia dihadkan kepada tanpa skop bagi mereka yang tidak pakar dari segi teknologi. BitHarp telah mengubah persepsi itu dengan mewujudkan dua rig yang telah di pra-konfigurasikan dan hanya perlu dipasang untuk suatu pengalaman perlombongan kripto yang tidak rumit.
Dalam tempoh masa kurang dari sebulan di pasaran, Lyre Miner dan Harp Miner telah digunakan oleh ramai pengguna biasa yang tidak mempunyai latar belakang teknikal untuk mendapatkan pulangan yang sihat ke atas pelaburan mereka. Ini telah dimungkinkan oleh kuasa hash yang luar biasa yang ditawarkan oleh produk itu. Selain itu, dengan penggunaan tenaga yang rendah, masing-masing sebanyak 600 W dan 2400 W, Lyre Miner dan Harp Miner kini menjadi antara perkakasan perlombongan yang paling cekap tenaga di pasaran.
Lyre Miner dan Harp Miner boleh digunakan untuk melombong Bitcoin, Ethereum, Litecoin, dan Dash dengan kuasa hash berikut.
Lyre Miner: 335 TH untuk Bitcoin, 55 GH untuk Litecoin, 14 GH untuk Ethereum, dan 9 TH untuk Dash
Harp Miner: 2000 TH untuk Bitcoin 300 GH untuk Litecoin, 75 GH untuk Ethereum, dan 50 TH untuk Dash
Pelombong dari BitHarp sesuai untuk digunakan di rumah kerana ia menghasilkan jumlah haba dan bunyi bising yang rendah. Selain itu, tidak seperti ratusan produk yang berada di pasaran, Lyre Miner dan Harp Miner tidak memerlukan ruang yang besar. BitHarp kini menjalankan kempen promosi 3 campur 1 untuk kedua-dua produk mereka yang akan berakhir pada 2 Oktober.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Lyre Miner dan Harp Miner, sila layari https://www.bitharp.com/
Maklumat mengenai BitHarp: BitHarp adalah sebuah pengeluar mata wang kripto yang berpangkalan di New Zealand bagi rig Perlombongan yang fleksibel dan paling berprestasi tinggi yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan bagi pelabur.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190929005036/en/
Hubungi
Alexa Zimine
alexa@bitharp.com
+64 04 889 3268
Sumber : BitHarp Group Limited
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment