Monday, September 23, 2019

KAWASAN BAHARU BINHAI TIANJIN MEMBINA LALUAN BAHARU KE LAUT DI UTARA CHINA

TIANJIN, China, 23 Sept., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Pusat Perkhidmatan Xiongan bagi Kumpulan Pelabuhan Tianjin telah dirasmikan pada 21 Ogos, dengan pembukaan saluran hijau di Pelabuhan Tianjin bagi Kawasan Baharu Xiongan. Konvoi dua puluh kontena yang sarat dengan produk getah telah bergerak dari kawasan teras di Kawasan Baharu Xiongan ke Pelabuhan Tianjin pada hari itu, sekali gus membuka satu lembaran baharu bagi pembangunan yang diselaraskan bagi rantau Beijing-Tianjin-Hebei.

Sejak penubuhan Kawasan Baharu Xiongan itu, Pelabuhan Tianjin telah menggunakan sepenuhnya kelebihan global mereka untuk memberi perkhidmatan kepada perancangan dan pembinaan Kawasan Baharu Xiongan dengan memberi tumpuan kepada membina sebuah platform perkhidmatan dan laluan Kawasan Baharu Xiongan ke laut.

Pada masa ini, sebuah platform perkhidmatan bahagian depan telah disediakan, termasuk Pusat Perkhidmatan Xiongan bagi Kumpulan Pelabuhan Tianjin dan tiga nod perkhidmatan logistik di Baoding, Shengfang dan Baigou. Sementara itu, laluan dan tingkap khas telah diwujudkan di terminal kontena pelabuhan itu dan Pusat Perkhidmatan Perdagangan dan Perkapalan Antarabangsa Tianjin untuk menyediakan laluan hijau bagi barangan import dan eksport di Kawasan Baharu Xiongan.

Ahli gabungan Kumpulan Pelabuhan Tianjin telah juga menandatangani satu perjanjian untuk membangunkan bersama saluran hijau itu dengan tiga firma dari Hebei. Semua pihak akan membina di atas pembinaan Pelabuhan Tianjin pintar untuk memperdalamkan kerjasama bagi pelabuhan kontang, membentuk satu saluran logistik moden dengan ibu pejabat serantau Hebei bagi rangkaian pemasaran pedalaman Pelabuhan Tianjin sebagai teras, merealisasikan kecekapan, antara hubungan yang tepat dan mudah, dan menawarkan sokongan yang kuat bagi pembinaan infrastruktur Kawasan Baharu Xiongan, keperluan mata pencarian rakyat dan projek-projek utama.
 
Sumber: Pusat Pertumpuan Media dengan Kawasan Baharu Binhai Tianjin
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=345681
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...