KIOXIA Siri PM7: SSD SAS 24G Generasi Kedua Memberi Tumpuan kepada Prestasi dan Keselamatan (Foto: Business Wire)
NIST Diperakui FIPS 140-2 Siri PM7 Memanfaatkan Teknologi BiCS FLASH™ Terkini dan Pada Masa Ini Sedang Menjalani Ujian untuk Pensijilan FIPS 140-3
TOKYO, 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation hari ini mengumumkan bahawa Siri perusahaan SSD SAS KIOXIA PM7 mereka kini tersedia untuk penilaian pelanggan. Disasarkan kepada aplikasi perusahaan dan kes penggunaan – termasuk pengkomputeran berprestasi tinggi, kecerdasan buatan, lapisan pengagregatan dan perdagangan dan analisis kewangan – pemacu baharu itu membawa prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan yang dipertingkatkan kepada pelayan dan penyimpanan perusahaan. Dengan satu penekanan kepada keselamatan, Siri PM7 itu diperakui FIPS 140-2 dan sedang diuji untuk pensijilan FIPS 140-3.[1]
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220307006048/en/
Direka bentuk untuk infrastruktur IT moden, SAS 24G (SAS-4) menggandakan lebar jalur yang berkesan berbanding SAS 12Gb/s (SAS-3). Dengan menampilkan ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D generasi ke-5 Kioxia, Siri PM7 itu menyampaikan prestasi bacaan berurutan sehingga 4.2Gigabait (GB) sesaat (GB/s) dan 720K bacaan rawak IOPS, mencapai kira-kira 20% peningkatan prestasi berbanding dengan KIOXIA Siri PM6 generasi sebelumnya. Pemacu baharu Kioxia itu tersedia di dalam kapasiti sehingga 30.72terabait (TB), menjadikannya kapasiti tertinggi[2] di dalam industri bagi 2.5 inci[3] SSD SAS.
Ciri-ciri tambahan termasuk:
- Dwi-port untuk menyokong kelewahan bagi sistem penyimpanan yang memerlukan kebolehpercayaan yang tinggi.
- Perlindungan Kegagalan Flash Die – satu ciri Kioxia yang membolehkan pelumpuhan telus bagi cip kilat yang gagal, dan pada masa yang sama mengekalkan kebolehpercayaan penuh pada tahap SSD.
- Ketahanan untuk pelbagai beban kerja; intensif baca (1DWPD) dan guna campur (3DWPD).
- Pilihan keselamatan tersedia; sanitasi padam segera (SIE), pemacu penyulitan kendiri (SED) TCG Enterprise dan pensijilan FIPS 140-2. Pensijilan FIPS 140-3 sedang dalam proses dan dijangka siap pada tahun 2022.[1]
Kioxia adalah sebuah ahli aktif bagi kumpulan industri T10 dan Persatuan Perdagangan SCSI yang mengetuai dan mentakrifkan usaha pembangunan SAS, memacukan inovasi dan pembangunan bagi antara muka SAS.
Nota
[1] Ketersediaan bagi pilihan keselamatan/penyulitan mungkin berbeza mengikut rantau.
[2] Berdasarkan kepada satu tinjauan pasaran Kioxia bagi maklumat yang tersedia kepada umum, setakat 8 Mac, 2022. Model 1DWPD akan tersedia di dalam kapasiti 1.92TB sehingga 30.72TB, manakala model 3DWPD akan tersedia di dalam 1.6TB sehingga 12.8TB.
[3] “2.5-inci” menunjukkan faktor bentuk bagi SSD itu. Ia tidak menunjukkan saiz fizikal pemacu berkenaan.
*Definisi bagi kapasiti: Kioxia mendefinisikan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang lebih kecil. Kapasiti penyimpanan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berubah mengikut saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian prapemasangan, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat mungkin berbeza.
*Sampel pemacu adalah untuk tujuan penilaian. Spesifikasi bagi pemacu sampel mungkin berbeza daripada model pemacu pengeluaran.
*Kelajuan membaca dan menulis adalah nilai terbaik yang diperolehi di dalam sebuah persekitaran ujian khusus di Kioxia Corporation dan Kioxia Corporation tidak menjamin kelajuan membaca atau menulis di dalam peranti individu. Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza bergantung kepada peranti yang digunakan dan saiz fail yang dibaca atau ditulis.
*Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.
Maklumat mengenai Kioxia
Kioxia adalah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, berdedikasi kepada pembangunan, pengeluaran dan penjualan ingatan kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat yang terdahulu Toshiba Memory telah dijual dari Toshiba Corporation, syarikat yang telah mencipta ingatan kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited kepada meningkatkan dunia dengan “ingatan” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan bagi pelanggan dan nilai berdasarkan ingatan bagi masyarakat. Teknologi ingatan kilat 3D berinovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan bagi storan di dalam penggunaan berkepadatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, komputer meja, SSD, automotif dan pusat data.
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220307006048/en/
Hubungi
Pertanyaan pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Promosi Jualan
Tel: +81-3-6478-2427
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html
Pertanyaan media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber : Kioxia Corporation
No comments:
Post a Comment