Thursday, March 31, 2022

DIPLOMAT DARI LAPAN BELAS NEGARA KE CHINA MELAWAT QI-ANXIN -- SYARIKAT ITU MEMBUKA SEPENUHNYA PASARAN ANTARABANGSA

 AsiaNet 95274


Table

Dua puluh diplomat dari 18 buah negara, telah melawat QI-ANXIN pada pagi 30 Mac.


BEIJING, 1 April, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Dua puluh diplomat dari 18 buah negara telah melawat QI-ANXIN pada pagi 30 Mac.

Delegasi diplomatik itu telah mengadakan pertukaran dan perbincangan yang mendalam dengan Pengerusi Qi Xiangdong dan Presiden Wu Yunkun dari Kumpulan QI-ANXIN mengenai pencapaian syarikat itu dalam memastikan keselamatan rangkaian untuk Sukan Musim Sejuk Beijing 2022. QI-ANXIN berkongsi penyelesaian, produk dan perkhidmatan untuk membina sistem keselamatan siber peringkat kebangsaan di dalam bidang tenaga, kewangan, kawalan industri dan infrastruktur maklumat kritikal. Selepas itu, delegasi berkenaan telah melawat pusat operasi keselamatan siber, makmal kawalan industri dan makmal forensik syarikat itu.

“Kami sangat gembira untuk datang ke QI-ANXIN bagi perbincangan hari ini. Perlindungan rangkaian telah menjadi satu bahagian penting di dalam pertahanan negara, dan saya berharap kami dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan pemahaman kami tentang teknologi keselamatan siber dan syarikat teknologi tinggi China seperti QI-ANXIN di dalam bidang ini,” kata diplomat itu bagi pihak delegasi 20 anggota itu.

Seorang daripada diplomat itu telah bertanya secara terperinci tentang cabaran yang dihadapi dan teknologi inovatif yang diguna pakai oleh QI-ANXIN dalam menjamin rangkaian untuk Sukan Musim Sejuk itu. Pengerusi Qi Xiangdong menyatakan kesediaan beliau untuk berkongsi pengalaman kejayaan syarikat itu dalam keselamatan siber bagi Sukan Musim Sejuk Beijing 2022 dan menyediakan perkhidmatan dan keupayaan keselamatan siber kepada negara-negara rakan.

Pada masa ini, negara-negara global menghadapi beberapa cabaran terhadap keselamatan siber. Menurut Laporan Penilaian Ancaman Siber Afrika 2021 yang dikeluarkan oleh Interpol, lima ancaman siber paling utama yang dihadapi oleh Afrika pada masa ini adalah: penipuan dalam talian, pemerasan digital, kompromi e-mel perniagaan, perisian tebusan dan botnet. Satu laporan yang dikeluarkan oleh firma keselamatan siber UAE DarkMatter menunjukkan bahawa tiga perempat daripada syarikat minyak dan gas di Timur Tengah mempunyai beberapa bentuk kelemahan keselamatan siber, dan sektor kewangan, minyak & gas, kemudahan awam dan infrastruktur pengangkutan sering terdedah kepada serangan siber.

Adalah diketahui bahawa QI-ANXIN telah menjalankan perniagaan keselamatan rangkaian di Eropah, Asia Selatan, Asia Tengah, Timur Tengah dan Afrika, dan menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian keselamatan siber untuk beberapa perusahaan besar China yang “menjadi global” dan cawangan luar negara bagi bank komersial utama China. Pada tahun 2021, QI-ANXIN mengambil bahagian di dalam pembinaan keselamatan siber bagi sektor infrastruktur kritikal dan agensi kerajaan yang penting di Indonesia, Algeria, Angola, Ethiopia dan negara-negara lain.
 
Sumber: QI-ANXIN

Pautan Lampiran Imej:

   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=418260

   Kapsyen: Dua puluh diplomat dari 18 buah negara, telah melawat QI-ANXIN pada pagi 30 Mac. 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...