TOYOTA dan HAMAMATSU, Jepun, 25 Mac, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
– Memulakan Pertimbangan bagi Pembangunan dan Pengeluaran Kereta Terbang, dan Pembangunan Pasaran di India –
SkyDrive Inc. (kemudian daripada ini “SkyDrive”) dan Suzuki Motor Corporation (kemudian daripada ini “Suzuki”) secara bersama mengumumkan pada 22 Mac berhubung satu perkongsian untuk pengkomersilan kereta terbang (*).
SkyDrive adalah sebuah pengeluar terkemuka bagi kereta terbang di Jepun dan pada masa ini terlibat di dalam pembangunan sebuah kereta terbang padat, dua tempat duduk yang dikuasakan oleh elektrik dengan perancangan untuk pengeluaran berskala penuh.
Suzuki adalah satu daripada pengeluar kereta terkemuka Jepun dengan kepakaran yang merangkumi pembuatan dan penjualan kereta kompak di pasaran antarabangsa.
Di bawah syarat perjanjian itu, SkyDrive dan Suzuki akan memulakan pertimbangan untuk bekerjasama di dalam bidang perniagaan dan teknologi yang termasuk R&D teknologi, perancangan bagi sistem pembuatan dan pengeluaran besar-besaran, pembangunan bagi pasaran luar negara dengan satu tumpuan awal terhadap India, dan penggalakan usaha untuk mencapai keneutralan karbon.
SkyDrive menyasarkan untuk memulakan perkhidmatan teksi udara semasa Eksposisi Dunia 2025 di Osaka, Jepun, serta untuk memulakan perkhidmatan di kawasan lain di Jepun.
Suzuki, yang mempunyai cogan kata syarikat “Membangunkan produk bernilai unggul dengan memberi tumpuan kepada pelanggan,” pada masa ini menawarkan produk dalam tiga kategori mobiliti -- kereta, motosikal dan motor sangkut. Syarikat itu berhasrat untuk kekal penting kepada orang ramai dengan sentiasa menyesuaikan diri dengan kehidupan mereka dan menyediakan mobiliti. Perkongsian itu dengan SkyDrive akan memberi Suzuki peluang untuk meneroka dan berpotensi menambahkan kereta terbang sebagai satu perniagaan mobiliti keempat.
Maklumat mengenai SkyDrive Inc.
SkyDrive telah diwujudkan pada Julai 2018 dengan misi “mengetuai sebuah revolusi pergerakan sekali dalam satu abad.” Sejak itu, ia telah memajukan lagi pembangunan kereta terbang dan dron kargo dan bekerjasama dengan pihak lain untuk mempromosikan visi bersama itu bagi sebuah masa depan di mana orang ramai boleh menggunakan pergerakan udara sebagai satu kaedah pengangkutan dalam kehidupan harian mereka. SkyDrive adalah satu-satunya syarikat di Jepun yang telah berjaya menjalankan penerbangan ujian yang dikendalikan oleh manusia dan kini terlibat dalam mereka bentuk sebuah sistem untuk mobiliti udara masa hadapan sebagai sebuah ahli bagi majlis awam-swasta Jepun untuk mobiliti udara lanjutan. Dron kargo syarikat itu, yang boleh membawa muatan sehingga 30kg, sudah digunakan di tapak kerja di Jepun, terutamanya di kawasan pergunungan. SkyDrive menyasarkan untuk melancarkan perkhidmatan kereta terbang di kawasan Teluk Osaka pada tahun 2025. SkyDrive mempunyai ibu pejabat di Shinjuku, Tokyo. Tomohiro Fukuzawa ialah Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat itu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://en.skydrive2020.com/
Maklumat mengenai Suzuki Motor Corporation
Suzuki Motor Corporation adalah satu daripada pengeluar kereta terkemuka Jepun dan sebuah pengeluar motosikal global. Produk bukan kenderaan syarikat itu termasuk motor sangkut untuk bot dan kerusi roda bermotor. Ia membina barisannya sendiri dan melalui pelbagai anak syarikat dan usaha sama di luar Jepun. Suzuki telah ditubuhkan pada tahun 1920 dan mempunyai ibu pejabat di Hamamatsu, Shizuoka. Toshihiro Suzuki ialah Presiden syarikat itu.
Laman web: https://www.globalsuzuki.com/
Nota Editor:
(*) Kereta terbang secara rasmi dikenali sebagai pesawat eVTOL (berlepas dan mendarat menegak elektrik). eVTOL dicirikan oleh elektrifikasi, pandu auto berautonomi sepenuhnya, dan berlepas dan mendarat menegak. Sebagai satu kemajuan baharu di dalam bidang pergerakan, pembangunan kereta terbang sedang dipromosikan di banyak negara di seluruh dunia. Di Jepun, Majlis Awam-Swasta untuk Revolusi Pergerakan Udara telah ditubuhkan pada tahun 2018 dengan beberapa mesyuarat diadakan sejak itu. Projek itu dijangka membawa kepada perkhidmatan teksi di kawasan bandar, kaedah baharu pengangkutan untuk pulau-pulau terpencil dan kawasan pergunungan, dan pengangkutan kecemasan semasa bencana. Satu pelan hala tuju telah dirumuskan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) dan Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) untuk permulaan perniagaan itu pada tahun 2023 dan penggunaan berskala penuh pada tahun 2030.
Sumber: SkyDrive Inc., Suzuki Motor Corporation
No comments:
Post a Comment