SUWANEE, Ga., 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- InVeris Training Solutions (petak #3023T) akan memaparkan pelbagai keupayaan latihan tembakan menggunakan peluru hidup dan maya pada Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-17 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 28 – 31 Mac.
InVeris akan menunjukkan sistem latihan maya FATS® 100MIL di DSA. FATS 100MIL itu adalah satu pengembangan besar di dalam keupayaan latihan senjata dengan kemahiran menembak 3D, diagnostik senjata yang dipertingkatkan dengan bimbingan automatik pintar dan latihan kolektif.
“Teknologi yang kami ketengahkan di DSA secara muktamad menunjukkan bahawa tidak kira apa keperluan latihan anda, InVeris mempunyai penyelesaian untuk anda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif InVeris Al Weggeman. “InVeris boleh membantu menyelesaikan cabaran latihan terhebat anda, sama ada anda memerlukan peralatan lapang sasar tembakan yang terbaik dalam kelasnya, atau sistem simulasi yang paling dipercayai dan ditempatkan di dunia.”
Di DSA, InVeris akan menampilkan peralatan lapang sasar mereka yang terkemuka di dalam industri, termasuk Sasaran Infantri Pegun Berbilang Fungsi (MF-SIT) dengan sebuah LOMAH (lokasi bagi tersasar dan tepat) dan sasaran pusingan QuikTurn™ 360.
Untuk bercakap dengan wakil InVeris semasa DSA, sila lawat petak #3023T atau atur satu janji temu di https://www.inveristraining.com/request-a-meeting.
Maklumat mengenai InVeris Training Solutions
InVeris Training Solutions menyediakan penyelesaian latihan termaju untuk tentera, agensi penguatkuasa undang-undang dan pemilik lapang sasar komersial di seluruh dunia. Dengan syarikat legasi mereka, FATS® dan Caswell, InVeris Training Solutions telah menempatkan lebih 15,500 lapang sasar realistik dan 7,500 sistem maya di seluruh dunia sepanjang sejarah mereka selama 95 tahun. Syarikat itu beribu pejabat di Suwanee, Georgia dan bekerjasama dengan pelanggan di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia dari kemudahan di lima benua.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15615
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment