Thursday, March 10, 2022

LAMAN WEB "WASHOKU GO" DILANCARKAN UNTUK PEMBELIAN DALAM TALIAN LUAR NEGARA BAGI MAKANAN ISTIMEWA JEPUN

OSAKA, Jepun, 10 Mac, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Sebuah platform rundingan perniagaan dalam talian "WASHOKU GO" telah dilancarkan oleh sekumpulan syarikat terpilih khas yang mengeluarkan makanan istimewa tradisional Jepun di Osaka, di Jepun barat. Platform itu adalah untuk profesional dan pembeli luar negara untuk menghadapi krisis koronavirus global.
 
URL: https://www.washokugo.jp/
 
Gambaran keseluruhan
Platform itu dikhaskan untuk kalangan profesional/pembeli yang berminat di dalam masakan Jepun di seluruh dunia, dan telah dilancarkan oleh WADAMAN dan empat syarikat makanan terkemuka yang lain (Akanemaru, Oguraya, Osaka GYOKUROEN, dan Ujien) yang mewakili Jepun. Ia membolehkan rundingan melalui sembang langsung, boleh menyediakan sampel dan membolehkan pelawat untuk mempelajari masakan dan budaya Jepun dengan mudah walaupun dalam pandemik COVID-19. Ahli-ahli sulung itu menyasarkan untuk mempunyai 100 pengeluar makanan Jepun mengambil bahagian di dalam projek itu.
 
Latar belakang kepada WASHOKU GO
WADAMAN, sebuah pengeluar bijan yang mempunyai sejarah selama 139 tahun di Osaka, adalah sebuah perintis di dalam perniagaan eksport makanan Jepun, dengan memenangi Anugerah Kecemerlangan Eksport di Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan pada tahun 2020. Ia telah bergabung tenaga dengan empat lagi pengeluar makanan yang telah diberikan penghormatan yang berpangkalan di Osaka untuk projek itu (Akanemaru, Oguraya, Osaka GYOKUROEN, dan Ujien) yang bercita-cita untuk mempromosikan eksport makanan. Bencana koronavirus itu telah mengurangkan peluang rundingan dan pameran di luar negara kepada hampir kosong. Untuk memecahkan kebuntuan itu, kumpulan tersebut telah mengambil keputusan untuk melancarkan platform mereka sendiri bagi menghubungi bakal pelanggan di luar negara.
 
Diperkenalkan di bawah adalah produk-produk yang tersedia dan profil ringkas bagi lima syarikat ahli yang asal yang mengambil bahagian di dalam projek WASHOKU GO itu.

Produk: https://kyodonewsprwire.jp/release/202201136015?p=images
 
-WADAMAN Co., Ltd.:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106450
/202201136015/_prw_PI1fl_A5gJF3Mg.jpg

 

Sebuah pengeluar bijan yang diasaskan pada tahun 1883. Menghasilkan biji bijan dengan aroma yang kuat menggunakan satu teknik pemanggangan yang canggih. Memperolehi pensijilan organik (*1) dan pensijilan halal (*2).
 
(*1) WADAMAN menerima sebuah Sijil Pemproses Makanan Organik yang Diproses pada tahun 2002, dan ia telah mengekalkan keperluan JAS (Standard Pertanian Jepun) sejak itu.

(*2) Sijil bagi Pengesahan Halal telah dikeluarkan pada tahun 2018, dan diperbaharui pada tahun 2021 oleh Persatuan Halal Nippon Asia.
 
-Oguraya Co., Ltd.:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106450/
202201136015/_prw_PI3fl_QBDPtPGM.jpg



Ditubuhkan pada tahun 1848. Pengkhususan di dalam "kombu" (kelp). Menjual kelp asli untuk "dashi" (stok sup), kelp masin, emping rumpai kelp, kelp yang dimayang, kelp "battera", dll. Kombu asli untuk dashi dipilih secara rapi. Mengeksport banyak produk ke Asia dan EU.
 
-Osaka GYOKUROEN Co., Ltd.:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106450
/202201136015/_prw_PI5fl_OP7t16P1.jpg

 
 
Mula menjual "kombucha" (teh kelp) pada tahun 1918. Pengilang asal bagi minuman "kombucha" segera. Mengeksport sejumlah besar bagi produk teh hijau (manis).
 
-Ujien Co., Ltd.:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106450
/202201136015/_prw_PI7fl_458za7V6.png

 
 
Sejak penubuhannya di "Kyoto Yamashiro," syarikat itu telah membina pengetahuan dan pengalaman, "komitmen yang sepenuh jiwa raga terhadap teh." Kedai teh terletak di daerah komersial Shinsaibashi di Osaka yang digemari oleh orang ramai di seluruh dunia.
 
-Akanemaru Co., Ltd.:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106450
/202201136015/_prw_PI9fl_KfPu59W9.jpg

 
 
Pengeluar “An” (pes kekacang manis) dan "dorayaki" telah ditubuhkan pada tahun 1940. Mengeksport ke pengeluar kuih bulan di Greater China seperti Hong Kong dan Singapura dan kilang gula-gula di EU.
 
Untuk pertanyaan, sila layari: https://www.washokugo.jp/
 
 
Sumber: Pejabat WASHOKU GO 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15650

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...