Wednesday, March 23, 2022

TIADA PENULARAN VIRUS DIKESAN DI 300 KEDAI DENGAN PENSTERIL PEMBERSIH UDARA SEOUL VIOSYS UVC




• Seoul Viosys menyediakan lesen teknologi pensterilan UV percuma untuk keselamatan bagi kesihatan awam 

ANSAN, Korea Selatan, 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Seoul Viosys (KOSDAQ: 092190), sebuah syarikat semikonduktor optik global, menyediakan pensteril pembersih udara percuma yang digunakan dengan Violeds, teknologi penyelesaian pensterilan LED UV mereka, kepada lebih 300 orang yang bekerja sendiri yang menderita daripada pandemik COVID-19. Kemudian, semasa ditinjau melalui telefon, penerima itu berkata tiada wabak penularan virus di kedai mereka, menurut pengumuman Seoul Viosys pada 17hb.

Bermula pada tahun 2020, Seoul Viosys menjalankan ‘Kempen Penyelesaian Pensterilan Violeds’ dua kali dalam usaha mereka untuk sumbangan teknologi. Seoul Viosys merekrut peserta dari restoran dan pejabat-pejabat kerajaan yang memuatkan lebih daripada 100 orang dan membekalkan modul pensterilan udara mereka dengan teknologi Violeds kepada kira-kira 200 tempat secara percuma, dan tiada tapak yang dipasang dengan modul itu mengalami penularan virus.

Walau bagaimanapun, oleh kerana setiap tapak perniagaan mempunyai struktur peralatan pemanasan dan penyejukan yang berbeza, adalah agak sukar untuk mengubah suai spesifikasi produk itu untuk mencapai kesan pensterilan yang optimum. Oleh itu, Seoul Viosys telah melabur KRW 1 bilion untuk membangunkan sebuah pensteril pembersih udara dengan FDSYS, sebuah syarikat perkakas rumah tempatan, yang boleh digunakan secara berasingan sambil meningkatkan kemudahan pengguna dan mensterilkan sebuah kawasan yang luas dalam masa yang singkat.

Pada November 2021, Seoul Viosys telah menjalankan projek sumbangan teknologi ke-3 mereka untuk keselamatan awam dan pemilik perniagaan kecil yang menderita daripada COVID-19. Peserta telah diambil melalui laman web, dan 300 pemilik muktamad melalui sebuah loteri di kalangan 2,000 pemohon telah diberikan pensterilan pembersih udara secara percuma. Dalam satu tinjauan terhadap pengguna pensteril pembersih udara, 98% daripada mereka bersedia untuk mengesyorkan produk tersebut, menunjukkan kepuasan yang tinggi di kalangan mereka.

“Kami telah menyediakan semua lesen yang berkaitan dengan pensteril pembersih udara itu agar FDSYS boleh menjual penyelesaian Violeds itu dengan teknologi yang terbukti,” kata Lee Young-joo, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Seoul Viosys. “Seoul Viosys akan terus mendukung prinsip Tiada Persaingan dengan Pelanggan Kami.”

Dalam satu percubaan bersama Universiti Korea dan sebuah institut penyelidikan bertauliah, Seoul Viosys mengesahkan bahawa teknologi pensterilan mereka bukan sahaja mensterilkan bakteria, tetapi juga 99% daripada varian delta dan omikron dalam masa satu saat sahaja. Pasukan penyelidik bio Seoul Viosys itu meneruskan usaha mereka untuk membuktikan kecemerlangan teknologi itu dengan hasil percubaan mereka bahawa kadar jangkitan dalam bangunan boleh diturunkan kepada kira-kira 1/30 dengan pensteril pembersih udara, yang dilengkapi dengan teknologi Violeds.

Produk itu boleh disemak melalui saluran beli-belah ‘Klarwel’. (https://smartstore.naver.com/klarwind/products/6305112793)

Maklumat mengenai Seoul Viosys

Seoul Viosys adalah sebuah pembekal penyelesaian rangkaian penuh untuk LED UV, VCSEL (Laser Pemancar Permukaan Rongga Menegak), sumber cahaya generasi akan datang untuk penderia dan laser 3D, dan satu piksel tunggal RGB “Piksel Pembersihan Mikro” untuk paparan. Ditubuhkan pada tahun 2002 sebagai sebuah anak syarikat Seoul Semiconductor, ia telah menguasai bahagian No. 1 pasaran di dalam industri LED UV (LEDinside, 2019). Seoul Viosys mempunyai sebuah portfolio LED UV yang luas dengan semua jarak gelombang di antara 200nm hingga 1600nm, termasuk sinaran ultraungu (UV), sinar boleh dilihat dan sinar inframerah. Syarikat itu memegang lebih daripada 4,000 paten yang berkaitan dengan teknologi LED UV. Violeds, teknologi LED UV utama mereka, menyediakan pelbagai industri dengan penyelesaian optimum untuk pensterilan dan pembasmian yang kuat (UV-C), pemulihan semula kulit (UV-B), penulenan air/udara dan penanaman berkesan untuk hortikultur. Pada tahun 2018, Seoul Viosys memperoleh RayCan, sebuah pakar optoelektronik terkemuka, untuk menambahkan teknologi VCSEL termaju, yang menyokong pengecaman muka telefon pintar dan pemanduan berautonomi, dan telah memulakan pengeluaran secara besar-besaran. Pada Januari 2020, ia memperkenalkan satu “Piksel Pembersihan Mikro” disruptif yang mempunyai potensi untuk menjadi sebuah pengubah keadaan di dalam pasaran paparan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari http://www.seoulviosys.com/en/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15698

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...