Wednesday, March 30, 2022

LEDDARTECH AKAN MEMPERLIHATKAN NILAI PERSEPSI DAN GABUNGAN DATA MENTAH KETIKA AUTOMOTIVE TECH.AD BERLIN (JERMAN) PADA 3-5 APRIL 2022

Teknologi persepsi alam sekitar untuk pemanduan autonomi yang lebih selamat dengan pengesanan yang lebih baik.

BANDAR QUEBEC, 30 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech® berbesar hati mengumumkan penyertaannya dalam Automotive Tech.AD Berlin di Titanic Chaussee Hotel Berlin sebagai pempamer dan penceramah utama. Syarikat ini adalah sebuah syarikat pemimpin global yang menyediakan teknologi penderiaan AD dan ADAS yang paling fleksibel, kukuh dan tepat.

4-5 April 2022: Ruang Demonstrasi LeddarVision™ oleh LeddarTech (secara langsung dan maya)

Sertai pasukan LeddarTech untuk demonstrasi LeddarVision yang dilakukan secara langsung. Satu-satunya perisian persepsi dan gabungan sensor yang menggunakan gabungan data mentah bagi meringkaskan set sensor yang rumit. Jadi, pelanggan tidak perlu bergantung pada perkakasan dan mereka lebih fleksibel apabila mencari penyelesaian lebih pantas untuk pelbagai model kenderaan. Dengan cara ini, ia dapat menyampaikan prestasi ADAS dan AD yang lebih hebat.

Mari berkenalan dengan CTO LeddarTech, Pierre Olivier, seorang peneraju dalam bidang penderiaan dengan pengalaman melebihi 30 tahun. Beliau akan memberi ucapan pada acara berikut ketika persidangan:

· Ahad, 3 April 2022, 19:45 – 23:00 CET: Sesi Pembuka Bicara

Topik: The Road to Full Automation - Progress and Challenges (Perjalanan mencapai Automasi Penuh - Kemajuan dan Cabaran)

· Isnin, 4 April 2022, 10:00 – 10:30 CET: Pembentangan:
 
Topik: Sensing and Perception Technology – Solutions That Solve Critical Sensing Challenges (Teknologi Penderiaan dan Persepsi - Penyelesaian Yang Menyelesaikan Cabaran Penderiaan Kritikal)

Mari ketahui lebih lanjut tentang LeddarVision, platform persepsi dan gabungan sensor data mentah yang menghasilkan model alam sekitar RGBD 3D yang komprehensif dengan sokongan berbilang sensor untuk konfigurasi kamera, radar dan LiDAR. Penyelesaian bertumpukan perisian ini memberikan prestasi persepsi yang bermutu tinggi yang boleh dilihat melalui perancangan laluan, pengesanan ruang kosong, serta pengesanan, penjejakan dan pengelasan objek yang lebih baik.

LEDDARTECH AKAN MEMPERLIHATKAN NILAI PERSEPSI DAN GABUNGAN DATA MENTAH KETIKA AUTOMOTIVE TECH.AD BERLIN (JERMAN) PADA 3-5 APRIL 2022

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...