Celonis memperoleh PAF untuk menyokong Pengurusan Pelaksanaan Di Mana-mana. (Grafik: Business Wire) |
Keupayaan PAFnow akan membuat Kemunculan Pertama Kali dalam Pengalaman Celonis pada Jelajah Dunia Celonis 2022
NEW YORK & DARMSTADT, Jerman, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Celonis, peneraju dunia di dalam pengurusan pelaksanaan, mengumumkan pemerolehan ke atas Process Analytics Factory GmbH (PAF), sebuah penyedia terkemuka bagi cerapan perlombongan proses bagi Microsoft Power BI. Pemerolehan ini akan membolehkan berjuta-juta pengguna Microsoft Power Platform untuk menggunakan Sistem Pengurusan Pelaksanaan (EMS) Celonis yang terkemuka di pasaran untuk perlombongan proses, automasi dan kerjasama.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220329005245/en/
Pemerolehan PAF itu adalah merupakan sebahagian daripada strategi Celonis untuk membolehkan syarikat-syarikat di mana-mana dan dalam semua industri untuk menggunakan perlombongan proses di dalam Celonis EMS bagi mendedahkan dan membetulkan ketidakcekapan proses. Celonis komited untuk memperkasakan pengguna bagi platform automasi, kerjasama dan aliran kerja utama untuk menjalankan perniagaan mereka dengan menggunakan cerapan proses Celonis yang unik dan tindakan pintar yang disasarkan.
Produk perlombongan proses PAFnow itu disepadukan sepenuhnya ke dalam Microsoft Power BI dan Microsoft Office 365 untuk analisis, visualisasi dan pengoptimuman bagi hampir semua proses. 97 peratus daripada Fortune 500, dan lebih 260,000 syarikat di seluruh dunia, menggunakan Microsoft Power BI.
Celonis EMS itu menggabungkan, dalam satu platform awan bersepadu, data masa nyata, perisikan proses dan tindakan yang disasarkan untuk memberi kesan kepada prestasi perniagaan atas, bawah dan garisan hijau dengan pantas. Pelanggan yang ingin mendapatkan kejelasan penuh tentang cara bagaimana proses perniagaan mereka berjalan - sama ada merentasi rantaian bekalan, pusat perkhidmatan yang dikongsi atau landskap sistem - kini boleh mendapat manfaat daripada keupayaan unik dan canggih oleh Celonis EMS di dalam persekitaran Microsoft mereka yang biasa.
No comments:
Post a Comment