Thursday, March 10, 2022

ATTENSI MENYOKONG PERTUMBUHAN FOODPANDA DENGAN LATIHAN SIMULASI GAMIFIKASI UNTUK SOKONGAN PELANGGAN DAN KETEKALAN PRODUK

 ● Penyelesaian menutup 89% bagi jurang pengetahuan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran lebih daripada 300%
● Latihan untuk ketekalan produk dan perkhidmatan ketika foodpanda mengintegrasikan ribuan rakan kongsi restoran baharu setiap tahun
● Program latihan yang mengasyikkan dan interaktif digunakan di tujuh buah negara dan dalam pelbagai bahasa
● Latihan menghasilkan di dalam ketekalan yang dipertingkatkan dalam protokol dapur dan kemahiran perhubungan pelanggan


OSLO, Norway, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai satu tanda yang berkuasa mengenai cara penyelesaian latihan lanjutan boleh menyokong industri e-dagang, Attensi telah berjaya menggunakan satu penyelesaian latihan simulasi gamifikasi yang canggih di peringkat antarabangsa untuk foodpanda menyampaikan pengetahuan yang lebih mendalam, mengurangkan masa untuk kecekapan dan memacukan ketekalan.

Merentasi tujuh buah negara dan dalam pelbagai bahasa, foodpanda menggunakan penyelesaian Attensi untuk melatih rakan kongsi restoran mereka berhubung amalan terbaik di dalam penyediaan hidangan dan protokol pengendalian. Di samping itu, foodpanda juga telah menggunakan penyelesaian Attensi untuk melatih pekerja pusat perhubungan mereka bagi memastikan penggunaan sistem dan amalan terbaik di dalam perkhidmatan pelanggan.

“Kualiti perkhidmatan adalah satu keutamaan bagi pasukan kami, kerana pelanggan mencari foodpanda untuk penghantaran tanpa kesulitan di mana sahaja mereka berada. Tugas kami adalah untuk menyampaikan satu pengalaman positif secara konsisten kepada berjuta-juta pengguna di seluruh rantau itu pada setiap hari, tidak kira di negara atau bandar mana mereka berada,” kata Rohit Appadurai, Ketua bagi Jaminan Kualiti, Latihan & Pengetahuan di foodpanda. “Latihan Attensi telah terbukti penting di dalam memastikan ketekalan di dalam kualiti perkhidmatan kami, oleh itu kami dapat menyediakan interaksi pelanggan yang berkualiti tinggi di pusat perkhidmatan kami di seluruh Asia.”

Hanya beberapa bulan berikutan kerjasama Attensi dengan foodpanda, inisiatif itu telah meraih hasil yang mengagumkan: Penyelesaian Attensi menutup 89% jurang pengetahuan yang dikenal pasti, dengan 93% pelatih berasa yakin dengan pengetahuan mereka selepas melengkapkan kurikulum itu. Sebagai satu contoh tentang keberkesanan pembelajaran, satu modul melatih pekerja foodpanda pada satu program perisian utama yang diperlukan untuk memproses pesanan meningkatkan skor mereka daripada 23% pada percubaan mereka yang pertama kepada 95% pada percubaan terbaik mereka — peningkatan sebanyak 313%. Secara keseluruhan, program itu telah membawa kepada peningkatan markah pada KPI utama yang menilai pengalaman pelanggan, ketepatan perniagaan dan pematuhan — dengan beberapa wilayah menunjukkan peningkatan 10% bagi kes “Interaksi Sempurna” (di mana skor KPI gabungan adalah 100%).

Inisiatif Sokongan Latihan untuk Menskalakan Kualiti Produk dan Penyertaan Kakitangan

Untuk penglibatan mereka dengan Attensi, foodpanda memilih satu subset bagi tujuh buah negara bagi menggunakan satu penyelesaian latihan yang tertumpu kepada menyampaikan produk dan pengalaman pelanggan yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi. Memandangkan kualiti produk harus konsisten tanpa mengira asal, kakitangan dapur mesti diberikan latihan standard merentasi rangkaian rakan kongsi untuk memastikan bahan makanan disediakan dalam cara yang sama. Attensi menyampaikan satu latihan yang menarik, konsisten dan berskala kepada pelbagai dapur ini dalam pelbagai bahasa. Di samping itu, Attensi menyokong foodpanda dalam memasukkan kakitangan baharu ke pusat perhubungan mereka dengan meningkatkan kecekapan dan set kemahiran untuk menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Untuk kedua-dua dapur dan latihan teknologi perhubungan pelanggan, platform Attensi menggabungkan konsep bagi permainan interaktif, pembelajaran berasaskan senario dan psikologi tingkah laku ke dalam satu pengalaman latihan yang menarik dan berkesan yang telah membantu foodpanda berkembang sebagai perkhidmatan penghantaran makanan terbesar di Asia, termasuk penyertaan 30,000 restoran dan pembekal hanya pada tahun lepas. Restoran rakan kongsi mendapat manfaat daripada keupayaan foodpanda untuk mewujudkan satu pengalaman pelanggan tanpa geseran, dibolehkan oleh teknologi dan saling berkaitan tanpa kerumitan dan kos yang tinggi untuk membina dan menjalankan platform penghantaran mereka sendiri.

Persekitaran pembelajaran digital yang menarik membolehkan sebarang kesilapan atau keluk pembelajaran untuk berlaku dengan selamat jauh daripada persekitaran yang berhadapan dengan pelanggan. Sementara itu, kurikulum latihan Attensi bagi sistem perhubungan pelanggan sudah pun menutup jurang pengetahuan. Pelatih juga memberikan maklumat balas yang positif mengenai antara muka Attensi; mereka sangat menikmati elemen gamifikasi yang menjadikan pengalaman pembelajaran itu sendiri lebih menarik dan menyeronokkan serta merangsangkan keinginan untuk berlatih.

“foodpanda memainkan satu peranan penting menyediakan pelanggan dengan penghantaran makanan ke rumah,” kata Greg Hull, Ketua Hospitaliti dan Riadah Global bagi Attensi. “Persoalannya selalu adalah ‘bagaimana foodpanda menyelesaikan halangan logistik bagi melatih kakitangan yang tidak diambil bekerja secara langsung oleh mereka dan mengendalikan dapur mereka sendiri?’ Dengan menggunakan latihan berasaskan permainan digital kami, kami mula menyelesaikan masalah itu. Attensi berbangga untuk menyokong pertumbuhan pesat foodpanda.”

Sebagai satu tanda faedah yang boleh dibawa oleh latihan Attensi kepada industri e-dagang yang lebih luas, DX Ventures — cabang usaha niaga bagi pemilik foodpanda DeliveryHero — juga telah melabur secara langsung di dalam Attensi sebagai sebahagian daripada satu strategi keseluruhan untuk menyokong syarikat yang diterajui pengasas yang membuat inovasi di dalam ekosistem makanan dan barangan runcit di seluruh dunia.

“Kami berbangga untuk menyokong Attensi sebagai sebahagian daripada misi kami untuk memupuk pertumbuhan di syarikat-syarikat yang boleh memacukan inovasi dalam industri makanan dan runcit,” kata Miguel Suarez Gallo, Prinsipal di DX Ventures. “Latihan adalah satu komponen penting dalam meningkatkan operasi bagi mana-mana syarikat, dan Attensi telah membuktikan diri mereka sebagai sebuah peneraju dunia di dalam menyediakan penyelesaian latihan lanjutan yang membolehkan syarikat yang sedang berkembang pesat untuk meningkatkan kemahiran kakitangan barisan hadapan mereka dengan berkesan. Kami gembira kerana dapat memainkan peranan kecil dalam membantu membawa penyelesaian termaju Attensi kepada foodpanda.”

Maklumat mengenai Attensi

Attensi adalah penyedia terkemuka dunia bagi latihan gamifikasi berimpak tinggi — cara paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan anda dengan peningkatan ketara di dalam KPI anda. Libatkan kakitangan anda dengan latihan 3D yang mengasyikkan, dikuasakan oleh pemahaman yang terbaik daripada psikologi manusia, pembelajaran dan permainan.

Sama ada pada mudah alih, atas meja atau VR, memperkasakan pekerja anda untuk menguasai kemahiran baharu dengan latihan yang mereka ingin selesaikan dan ulangi. Cipta semula persekitaran kerja mereka dengan grafik 3D yang mengasyikkan, senario yang realistik dan dialog interaktif dengan avatar lakonan suara untuk menguji pengetahuan mereka. Kesemuanya dalam sebuah persekitaran yang selamat, pembelajaran melalui kerja.

Attensi telah menyampaikan latihan simulasi gamifikasi di lebih 140 buah negara, dalam lebih 30 bahasa. Pelanggan kami termasuk Circle K, Bosch Siemens Home Appliances, Accenture, Hiscox, Scatec Solar dan banyak lagi. Attensi beribu pejabat di Oslo, Norway, dan mempunyai pejabat di London, Köln, Boston dan Palo Alto.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220307006028/en/

Hubungi

Allison Knight
Attensi@10fold.com
806-570-9819 

Sumber : Attensi

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15641​

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...