JAKARTA, Indonesia, 14 Mac, 2022/ Agensi Berita Antara-AsiaNet / --
Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah memberikan satu tempoh di antara satu hingga dua tahun bagi Badan Usaha Milik Negara (BUMN) untuk membuat perubahan asas bagi meningkatkan daya saing mereka.Pada 14 Oktober, 2021, Jokowi menyatakan bahawa beliau berbesar hati untuk menyaksikan pengelompokan bagi pengendali terminal kontena dan firma pembangunan pelabuhan Pelindo menjadi satu pegangan, iaitu PT Pelabuhan Indonesia, untuk mengurangkan kos logistik dan membantu meningkatkan perhubungan di seluruh Indonesia.
Menurut Jokowi, pengelompokan itu membentuk satu kuasa besar, apabila ia membina rangkaian dengan perkongsian di luar negara. “Melalui perkongsian dengan syarikat-syarikat di luar negara yang mempunyai rangkaian, pautan (BUMN) itu ke semua negara boleh menjadi satu kuasa yang besar,” kata presiden.
Melalui pengelompokan, syarikat-syarikat BUMN telah menunjukkan prestasi yang melebihi standard malah prestasi kerja yang cemerlang yang telah menyumbang secara signifikan kepada bajet negara itu.
Menurut data daripada Badan Perencanaan Pembangunan Nasional (Bappenas) dalam tahun 2019, anggaran jumlah bajet untuk pembangunan infrastruktur dalam tempoh tahun 2020-2024 adalah AS$447 juta atau Rp6,445 trilion, dan 21 peratus daripadanya datang daripada atau disokong oleh BUMN.
Pada suku ketiga tahun 2021, jumlah aset bagi BUMN mencecah kira-kira AS$610.5 juta atau Rp8,767 trilion, bersamaan dengan kira-kira 57 peratus daripada KDNK Indonesia.
Selain itu, pada Januari - September 2021, jumlah hasil disatukan ditutup pada Rp1,613 trilion, atau meningkat 14% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2020.
Satu daripada usaha untuk meningkatkan prestasi firma-firma negara adalah melalui pengelompokan dan penstrukturan semula.
Usaha pengelompokan telah dicapai dengan mengurangkan bilangan BUMN daripada 107 kepada 41, dan pengelompokan sektor daripada 27 kepada 12, di mana dua timbalan menteri masing-masing menyelia enam kluster.
Pada masa ini, terdapat 12 sektor yang melibatkan 41 BUMN: tenaga, minyak dan gas; mineral dan arang batu; perkhidmatan insurans dan dana pencen; perladangan dan perhutanan; dan telekomunikasi dan media.
Industri tambahan termasuk industri makanan dan baja, pelancongan dan perkhidmatan sokongan, industri kesihatan, industri pembuatan, infrastruktur, logistik, dan perkhidmatan kewangan.
Pada 18 Februari, 2022, Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir telah mengumumkan bahawa beliau akan sekali lagi mengecilkan bilangan perusahaan milik negara daripada 41 kepada 37 dalam tempoh dua tahun akan datang.
No comments:
Post a Comment