Kategori Baharu untuk 2022 Iktiraf Kepimpinan Pemikiran
FAIRFAX, Va., 2 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pemenang dalam Anugerah Stevie® tahunan ke-16 untuk Jualan & Perkhidmatan Pelanggan, yang diiktiraf sebagai anugerah perkhidmatan pelanggan dan anugerah jualan terbaik, diumumkan hari ini. Pemenang Anugerah Stevie akan diraikan ketika majlis anugerah maya pada 11 Mei.
Senarai lengkap Pemenang Stevie mengikut kategori boleh didapati di http://www.StevieAwards.com/Sales.
Lebih 2,300 pencalonan daripada organisasi di 51 buah negara telah dipertimbangkan dalam pertandingan tahun ini. Pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa ditentukan mengikut markah purata bagi lebih daripada 150 profesional dalam lapan jawatankuasa penghakiman khusus. Penyertaan telah dipertimbangkan dalam lebih daripada 90 kategori untuk perkhidmatan pelanggan dan pencapaian pusat hubungan, termasuk Pusat Hubungan Tahunan, Anugerah Inovasi dalam Perkhidmatan Pelanggan dan Jabatan Perkhidmatan Pelanggan Tahunan; lebih daripada 60 kategori untuk pencapaian jualan dan pembangunan perniagaan, daripada Eksekutif Jualan Kanan Tahunan kepada Latihan Jualan atau Eksekutif Pembangunan Perniagaan Tahunan kepada Jabatan Jualan Tahunan; dan kategori untuk mengiktiraf produk dan perkhidmatan baharu, penyedia penyelesaian, serta respons organisasi dan individu terhadap wabak COVID-19. Kategori baharu tahun ini menghargai kecemerlangan dalam kepimpinan pemikiran dalam perkhidmatan pelanggan dan jualan.
PEMENANG DIUMUMKAN DALAM ANUGERAH STEVIE® TAHUNAN KE-16 UNTUK JUALAN & KHIDMAT PELANGGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kioxia Memperkenalkan Peranti Memori Kilat Terbenam QLC UFS 4.1 untuk Storan Mudah Alih Berkapasiti Tinggi
Peranti Memori Kilat Terbenam QLC UFS 4.1 Teknologi BiCS FLASH™ Generasi ke-8 Menawarkan Peningkatan Prestasi dan Kecekapan TOKYO, 30 Ja...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment