Dr. Andreas Amrein, Naib Presiden Kanan bagi Asia Pasifik (APAC) dan Jepun serta Pengarah Urusan untuk Eropah dan Kanada, Advanced Clinical (Foto: Business Wire) |
CHICAGO, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Advanced Clinical, sebuah organisasi pembangunan klinikal dan penyumberan strategik yang komited untuk menyediakan satu pengalaman klinikal yang lebih baik merentasi perjalanan pembangunan ubat, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Dr. Andreas Amrein telah menyertai Pasukan Eksekutif sebagai Naib Presiden Kanan bagi Asia Pasifik (APAC) dan Jepun serta menjadi Pengarah Urusan untuk Eropah dan Kanada.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220308006375/en/
Dr. Amrein akan memainkan peranan penting kepada pengembangan dan pengukuhan berterusan organisasi itu bagi operasi semasa Advanced Clinical ke rantau APAC, yang termasuk pejabat di Singapura, Australia dan Jepun. Beliau juga akan menyelia peluang pembangunan dan pengembangan untuk lokasi tambahan di seluruh Eropah dan Kanada, melengkapkan jejak syarikat itu yang sedia ada termasuk 10 lokasi pejabat di Eropah serta pejabat di Toronto, Kanada.
Dengan lebih 20 tahun pengalaman kepimpinan antarabangsa, Dr. Amrein telah mengetuai banyak pasukan dan organisasi merentasi lebih 30 geografi, termasuk syarikat-syarikat Fortune 100 (Novartis, Abbott dan Shire) dan syarikat permulaan yang dinamik.
“Daripada pengkhususan saya di dalam pengembangan, pelancaran, transformasi, perkongsian komersil yang pesat dan banyak lagi merentasi Asia dan seluruh dunia, saya berharap dapat memanfaatkan pengetahuan saya untuk membantu Advanced Clinical terus mewujudkan operasi yang berkualiti di peringkat antarabangsa,” kata Dr. Amrein.
“Kami teruja kerana mempunyai Andreas di dalam pasukan kami ketika kami terus berkembang ke rantau APAC dan Jepun,” kata Julie Ross, Presiden bagi Advanced Clinical. “Andreas akan memainkan peranan penting di dalam mempercepatkan pertumbuhan perniagaan ketika kami mempelbagaikan program klinikal global kami dan meningkatkan strategi klinikal kami bagi pelanggan dan pesakit yang kami tawarkan perkhidmatan. Selepas kejayaan kami memasuki rantau itu pada tahun 2021 dan digabungkan dengan pembukaan pejabat tambahan APAC yang dirancang untuk tahun 2022, Andreas sudah pasti akan membantu meningkatkan kehadiran kami di seluruh rantau APAC, Eropah dan Kanada sebagai sebuah peneraju dunia di dalam penyelidikan klinikal, FSP dan perkhidmatan penyumberan strategik.”
No comments:
Post a Comment