Friday, March 18, 2022

FASTLY DINAMAKAN SEBAGAI SEBUAH PENERAJU DI DALAM IDC MARKETSCAPE UNTUK PENILAIAN VENDOR CDN KOMERSIAL SELURUH DUNIA 2022

Rangkaian besar yang ditakrifkan oleh perisian Fastly menyokong 192 terabit sesaat (Tbps)1 bagi kapasiti pinggir bersambung yang diiktiraf untuk kelajuan, keselamatan dan kebolehpercayaan



SAN FRANCISCO, 18 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fastly, Inc. (NYSE: FSLY), sebuah penyedia rangkaian awan pinggir global paling pantas di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai sebuah Peneraju di dalam IDC MarketScape: Penilaian Vendor Rangkaian Penghantaran Kandungan Komersial Seluruh Dunia 2022.

“Misi kami adalah untuk sentiasa menjadikan internet lebih pantas, lebih selamat dan lebih dipercayai bagi membolehkan pelanggan kami untuk membina aplikasi dan pengalaman yang membentuk web yang terbaik,” kata Joshua Bixby, Ketua Pegawai Eksekutif Fastly. “Kami teruja kerana usaha yang kami lakukan untuk pelanggan kami membolehkan Fastly dinamakan sebagai sebuah Peneraju dan berterusan untuk mengesahkan visi kami untuk menjadi platform bagi pembina.”

Menurut laporan IDC MarketScape itu, “Fastly adalah sebuah syarikat yang sangat berinovatif dengan satu tumpuan pembangun yang besar dan sebuah persekitaran pengiraan tanpa pelayan yang memperkukuhkan perkhidmatan penghantaran kandungan mereka daripada satu perspektif keselamatan dan prestasi. Fastly telah menunjukkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun-tahun kebelakangan ini dan pelan hala tuju mereka mencerminkan satu pacuan yang berterusan untuk inovasi dan satu strategi pelaburan bagi memperkayakan lagi susunan perkhidmatan mereka.”

“Pasaran CDN komersial sedang berkembang, dan perusahaan sedang mencari sebuah rakan kongsi CDN strategik yang boleh menyesuaikan diri dengan keperluan perniagaan mereka,” kata Ghassan Abdo, naib presiden penyelidikan, IDC. “Fastly adalah sebuah Peneraju di dalam menyampaikan perkhidmatan aplikasi CDN dan pinggir. Penawaran mereka boleh sangat diatur cara, tangkas dan mudah untuk diskalakan bagi pelanggan. Ia juga mudah untuk disepadukan dengan penawaran perkhidmatan CDN/pinggir pihak ketiga melalui perkhidmatan berbilang CDN mereka.”

Kekuatan utama Fastly termasuk:
  • Saiz dan skala rangkaian: Rangkaian Fastly direka secara unik untuk mengurangkan kependaman, meningkatkan daya ketahanan dan menyokong permintaan pelanggan pada skala. Rangkaian pengedaran di seluruh dunia itu terdiri daripada 95 POP yang ditempatkan secara strategik merentasi 71 pasaran di 32 buah negara2.
  • Portfolio produk yang komprehensif: Sebagai peneraju di dalam pengiraanpenghantaran dan keselamatan, portfolio kukuh Fastly memperkasakan sebahagian daripada jenama terbesar dunia untuk membangunkan pengalaman digital moden dengan cepat dan selamat.
  • Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang: Akses secara langsung dan mudah kepada kakitangan sokongan teknikal yang bertaraf dunia melalui saluran sokongan khusus, dengan skor3 kepuasan pelanggan 95%.
  • Penawaran Rangkaian Moden: Sebagai tambahan kepada perkhidmatan tersuai yang disesuaikan dengan pelanggan individu, keupayaan pembersihan Fastly, pengelogan masa nyata, sokongan HTTP/3, automasi bagi aliran kerja dan keupayaan penstriman langsung adalah di antara faedah pembezaan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fastly, keupayaan dan kedudukan mereka sebagai sebuah Peneraju di dalam Penilaian IDC MarketScape (doc #US47652821, Mac 2022), sila layari: https://learn.fastly.com/delivery-IDC-Marketscape-CDN.html.

Maklumat mengenai IDC MarketScape

Model analisis vendor IDC MarketScape direka untuk memberikan satu gambaran keseluruhan tentang kecergasan kompetitif bagi pembekal ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) di dalam satu pasaran tertentu. Metodologi penyelidikan itu menggunakan satu metodologi pemarkahan yang ketat berdasarkan kepada kedua-dua kriteria kualitatif dan kuantitatif yang menghasilkan satu ilustrasi grafik tunggal bagi setiap kedudukan vendor di dalam pasaran tertentu. IDC MarketScape menyediakan satu rangka kerja yang jelas di mana penawaran produk dan perkhidmatan, keupayaan dan strategi, serta faktor kejayaan pasaran semasa dan masa hadapan bagi IT dan vendor telekomunikasi boleh dibandingkan dengan penuh bermakna. Rangka kerja itu juga menyediakan kepada pembeli teknologi dengan satu penilaian 360 darjah tentang kekuatan dan kelemahan bagi vendor semasa dan bakal vendor.

Maklumat mengenai Fastly

Fastly sedang meningkatkan pengalaman internet untuk memberi orang ramai dan organisasi lebih kawalan, kandungan yang lebih pantas dan aplikasi yang lebih dinamik. Dengan menggabungkan rangkaian awan pinggir global paling pantas di dunia dengan perisian yang berkuasa, Fastly membantu pelanggan membangun, menyampai dan mendapatkan penggunaan pengedaran moden dan pengalaman digital yang menarik. Pelanggan Fastly termasuk banyak syarikat paling terkemuka di dunia, termasuk Pinterest, The New York Times dan GitHub. Untuk maklumat lanjut mengenai misi dan produk kami, sila layari https://www.fastly.com.

Sumber: Fastly, Inc.
__________________________
1 Setakat 31 Januari, 2022
2 Data rangkaian dan pasaran setakat 31 Januari, 2022
3 Setakat 1 Februari, 2022

Lihat versi sumber di businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20220317005383/en/

Hubungi

Hubungan Pelabur:
Vernon Essi, Jr.
ir@fastly.com

Hubungan Media:
press@fastly.com

Sumber : Fastly, Inc.

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...