Wednesday, March 30, 2022

TRANSPOD MELANCARKAN PERINGKAT SETERUSNYA DALAM PEMBANGUNAN PENGANGKUTAN KERETA API TIUB BERKELAJUAN ULTRA TINGGI DI ALBERTA, KANADA DENGAN PEMBIAYAAN $550 JUTA USD

 TransPod mencapai kejayaan penting dalam industri, menjadi syarikat pengangkutan tiub pertama untuk mengesahkan pembiayaan bagi sebuah projek infrastruktur bernilai berbilion dolar

Broughton Capital Group, dengan kerjasama CERIECO, telah mengeluarkan terma untuk menyediakan satu gabungan pembiayaan AS$550 Juta dan penyusunan Master EPC yang akan termasuk penglibatan yang ketara daripada kontraktor Kanada, untuk mempercepatkan pembangunan sebuah 
Laluan TransPod di antara Edmonton dan Calgary dan memacukan pertumbuhan ekonomi di wilayah itu

EDMONTON, Alberta, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
TransPod, syarikat permulaan yang membina Laluan TransPod – sebuah sistem pengangkutan berkelajuan ultra tinggi yang baharu, untuk membuat perubahan radikal dan mendefinisikan semula pengangkutan komersial – hari ini mengumumkan fasa seterusnya bagi projek infrastruktur berbilion dolar di Alberta, Kanada. Broughton Capital Group (“BCG”), dengan kerjasama China-East Resources Import & Export Co. (“CERIECO”), telah bersetuju pada dasarnya untuk menyediakan satu gabungan pembiayaan sebanyak AS$550 Juta dan penyusunan Master EPC masing-masing untuk mempercepatkan pembangunan sebuah Laluan TransPod di antara Edmonton dan Calgary dan memacukan pertumbuhan ekonomi di rantau itu. Satu kajian kemungkinan yang telah dikeluarkan berhubung Laluan TransPod itu mengesahkan bahawa projek pengangkutan berkelajuan ultra tinggi ini akan mewujudkan sehingga 140,000 peluang pekerjaan dan menambahkan $19.2 Bilion kepada KDNK rantau itu sepanjang pembinaan, dan penyusunan Master EPC itu dijangka melibatkan sumbangan besar daripada kontraktor Kanada.

“Sebagai syarikat pertama dan satu-satunya yang mengesahkan pembiayaan sedemikian untuk sebuah projek infrastruktur pengangkutan tiub bernilai berbilion dolar, TransPod amat bangga dengan komitmen mereka untuk memacukan pertumbuhan di Alberta melalui inovasi dan perkongsian yang sebenar,” kata Sebastien Gendron, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, TransPod. “Pembinaan dan operasi bagi sebuah
 Laluan TransPod akan membantu penduduk Alberta bergerak dengan mudah, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan memudahkan pelaburan ke rantau itu. Dengan keyakinan pelabur kami dan Kerajaan Alberta, kami akan menyampaikan satu visi bersama bagi sebuah ekonomi yang progresif, mapan dan berkembang.”

Sorotan utama daripada kajian kemungkinan Alberta TransPod termasuk perkara berikut:

  • Pertumbuhan ekonomi yang ketara: Laluan TransPod Alberta itu akan menambahkan $19.2 bilion (atau 6.25 peratus) kepada KDNK wilayah itu menjelang tahun 2030.
  • Pertumbuhan peluang pekerjaan yang ketara: Projek infrastruktur TransPod Alberta itu akan mewujudkan 15,600 peluang pekerjaan setahun, yang akan berjumlah 140,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh sembilan tahun.
  • Kemampuan yang dipertingkatkan untuk pengembara: Menggunakan TransPod akan mengambil masa 45 minit dari Calgary ke Edmonton, pada satu anggaran kos tiket $90 CAD, berbanding dengan lebih tiga jam yang dihabiskan untuk memandu atau sebuah tiket kapal terbang yang berharga kira-kira $162.
  • Pengurangan dalam jejak karbon: Dalam tempoh satu tahun, jangkaan penumpang di antara Calgary dan Edmonton akan mengurangkan pelepasan CO2 dengan sebanyak 636,000 tan setahun, atau bersamaan dengan menanam sebuah hutan yang empat kali lebih besar daripada Calgary.
“Satu daripada matlamat strategik BCG adalah untuk melabur di dalam projek-projek berinovatif dan penjajaran kami dengan CERIECO bagi projek TransPod itu adalah sesuai dengan objektif itu dan memberi petanda baik untuk projek di masa depan. Kami tidak sabar untuk bergerak ke hadapan dalam perkara ini,” kata Broughton Capital Group.

Fasa seterusnya bagi projek TransPod Alberta itu adalah seperti berikut:
  • Jangka pendek: Penyelidikan dan pembangunan; permit pembinaan; penilaian alam sekitar; pengambilan tanah (sekarang-2024)
  • Jangka sederhana: Pembinaan trek ujian, ujian kelajuan tinggi dan pensijilan (2023-2027)
  • Jangka panjang: Pembinaan bagi sebuah laluan lengkap antara bandar di antara Edmonton dan Calgary (akan bermula pada tahun 2027)
“Perkongsian kami dengan BCG dan TransPod menawarkan penjajaran yang kukuh bagi matlamat strategik, satu pendekatan pelengkap kepada pembangunan infrastruktur yang kami percaya akan menambahkan nilai yang signifikan merentasi projek berinovatif di Kanada,” kata CERIECO.

Untuk menyokong pembangunan pekerjaan serantau dan menyediakan latihan pekerja bagi Laluan TransPod itu di Alberta, TransPod telah bekerjasama dengan Building Trades of Alberta untuk memanfaatkan kepakaran serantau dan rangkaian rakan kongsi mereka.

“TransPod adalah sebuah peneraju pengubah keadaan yang menarik untuk masa depan bagi infrastruktur dan pengangkutan hijau di Kanada dan seterusnya,” kata Terry Parker, Pengarah Eksekutif, Building Trades of Alberta. “Ia bukan sahaja membantu Kanada menangani matlamat karbon mereka, projek TransPod Alberta itu akan mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan yang bergaji tinggi dan menyokong komuniti bagi pekerja perdagangan mahir di Alberta, termasuk mereka dari komuniti asal tempatan, wanita, warga baharu Kanada dan pelatih. Building Trades of Alberta — dan lebih 60,000 ahli mereka — bersedia dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek ini.”

Colliers Capital Markets, sebuah anak syarikat milik Colliers International, bertindak sebagai penasihat kewangan kepada TransPod.

Maklumat mengenai TransPod Inc.

Matlamat TransPod adalah untuk membuat perubahan radikal dan mendefinisikan semula pengangkutan komersial di antara bandar raya utama di pasaran maju dan sedang pesat membangun. Syarikat permulaan itu telah diasaskan pada tahun 2015 untuk membina sistem pengangkutan tiub terkemuka di dunia (Laluan TransPod) untuk menghubungkan orang ramai, bandar raya dan perniagaan dengan pengangkutan berkelajuan tinggi yang mampu dan mapan alam sekitar. TransPod Inc. beribu pejabat di Toronto, Kanada.

Layari www.transpod.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat mengenai Broughton Capital Group

Broughton Capital Group (BCG) adalah sebuah pembiaya kewangan projek yang berpangkalan di United Kingdom, di mana kepakaran kami sebagai pengatur dan penyedia pembiayaan hutang sebagai pemberi pinjaman kanan, adalah dengan satu tumpuan pada pelbagai sektor projek di seluruh dunia di dalam kedua-dua sektor awam dan swasta. Kami sangat berpengalaman dengan sebuah pasukan kelas pertama secara dalaman dan luaran. Sebagai sebuah penyedia pembiayaan alternatif, kami menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang tidak selalu tersedia di dalam pasaran kewangan projek konvensional dan oleh itu kami berusaha untuk menjadi kreatif, fleksibel dan berdaya saing di dalam syarat-syarat kewangan yang boleh kami tawarkan sebagai pemberi pinjaman.

Layari www.broughton-capital.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat mengenai CERIECO

Ditubuhkan pada tahun 1993, CERIECO adalah sebuah perusahaan milik negara China dengan mempunyai projek di lebih 30 buah negara. CERIECO adalah sebuah kontraktor EPC am dengan pengkhususan di dalam pembinaan infrastruktur dan hartanah, dan pembiayaan kredit eksport. CERIECO beroperasi di Kanada di bawah CERIECO Canada Corp.

Layari www.cerieco.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52623686/en

Hubungi

Dianna Lai Read
Pengarah, Komunikasi
TransPod Inc.
dianna.lai@transpod.com

Richard Yu
Colliers Capital Markets
richard.yu@colliers.com

Sumber : TransPod Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15721

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...