Tuesday, March 22, 2022

NIELSENIQ MEMPEROLEH PEMBEKAL PLATFORM AI RUNCIT CIVALUE

CHICAGO, 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, NielsenIQ mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh ciValue, sebuah vendor SaaS (Perisian sebagai satu Perkhidmatan) pilihan untuk peruncit di seluruh dunia yang menggerakkan program kesetiaan dengan teknologi AI termaju. Dengan pengambilalihan ini, Media Runcit NielsenIQ yang menegak mengambil langkah mereka yang seterusnya ke arah membolehkan program media runcit yang lebih pintar, lebih automatik dan lebih berskala.


Mengintegrasikan aset platform global ciValue ke dalam platform Connect NielsenIQ yang berkuasa akan menyediakan keupayaan yang berinovatif bagi peruncit, termasuk pembinaan dan pandangan khalayak. Platform yang dinamik ini juga akan menyokong keupayaan pemperibadian yang meningkat kepada keupayaan teras NielsenIQ, yang mana industri runcit itu bergantung kepadanya di dalam membuat keputusan yang kritikal.

“Menyepadukan platform ciValue itu dengan Connect adalah satu pengubah keadaan bagi peruncit di seluruh dunia,” kata Xavier Facon, Ketua Global bagi Media Runcit dengan NielsenIQ. “Penyelesaian kolaboratif berasaskan SaaS ini akan segera menyampaikan pandangan yang menyelaraskan peruncit dan rakan kongsi jenama mereka dengan apa yang diinginkan oleh pengguna, melaksanakan kandungan yang diperibadikan merentasi saluran fizikal dan digital.

Dalam tempat pasaran yang sangat kompetitif pada hari ini, peruncit memerlukan penyelesaian yang akan membolehkan mereka untuk menganalisis data pengguna dengan mudah. Penyelesaian NielsenIQ dan ciValue akan membolehkan peruncit untuk memperoleh pandangan, bekerja dengan lebih bijak dan untuk mempercepatkan peluang perniagaan. Dengan mewujudkan penglibatan yang penting untuk peruncit, jenama dan pelanggan mereka, pelanggan yang memanfaatkan Connect boleh mencapai aliran hasil baharu, pertumbuhan jualan dan meningkatkan bahagian dompet melalui dagangan dan pemasaran yang berpusatkan pelanggan.

“NielsenIQ adalah sebuah pelabur lama dan rakan kongsi ciValue dan dedikasi mereka untuk menjadikan runcit menguntungkan semua pihak adalah sentiasa jelas,” kata Beni Basel, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas ciValue. “Menyertai NielsenIQ membolehkan ciValue untuk memperluaskan penawaran risikan runcit mereka kepada lebih banyak peruncit, jenama, dan yang lebih penting, membolehkan kami mengembangkan lagi keputusan yang dipacu oleh data untuk memuaskan hati pelanggan di seluruh dunia.”

“Kami teruja bahawa ciValue menyertai pasukan NielsenIQ untuk terus membina dan menyokong peranti berkuasa terbaik yang dikuasakan oleh AI untuk peruncit di seluruh dunia,” kata David Johnson, Presiden Peruncitan Global, NielsenIQ. “Platform bersepadu itu akan menyokong aktiviti pemperibadian yang tercanggih untuk industri runcit global bagi memenuhi permintaan untuk analitik dan pemperibadian pelanggan yang pantas dan boleh dipercayai.”

Maklumat mengenai NielsenIQ

NielsenIQ adalah pemimpin di dalam menyediakan gambaran perilaku pengguna yang paling lengkap dan tidak berat sebelah di seluruh dunia. Dengan dikuasakan oleh sebuah platform data pengguna yang canggih dan didorong oleh keupayaan analitik yang kaya, NielsenIQ membolehkan pengambilan keputusan yang berani dan yakin untuk syarikat dan peruncit barangan pengguna yang terkemuka di dunia.

Dengan menggunakan set data yang komprehensif dan mengukur kesemua urus niaga secara sama rata, NielsenIQ memberikan pelanggan dengan satu pandangan yang ke hadapan ke dalam perilaku pengguna agar dapat mengoptimumkan prestasi merentasi semua platform runcit. Falsafah terbuka kami mengenai penyatuan data membolehkan set data pengguna yang paling berpengaruh di planet ini. NielsenIQ menyampaikan kebenaran yang lengkap.

NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di hampir 100 pasaran, merangkumi lebih 90% daripada penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari NielsenIQ.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220321005177/en/

Hubungi

Perhubungan Media
Fernanda Paredes Fernanda.paredes@nielseniq.com
Gillian Mosher gillian.mosher@nielseniq.com

Sumber : NielsenIQ

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...