Wednesday, March 16, 2022

LIGHTCON MEMBUKA PERKHIDMATAN PERTARUHAN SILTHEREUM RISE OF STARS (ROS)

 

Rise of Stars (ROS), satu permainan mudah alih yang dibangunkan dan diservis oleh LightCON, membuka Perkhidmatan Pertaruhan Silthereum. Silthereum adalah satu token permainan baharu yang boleh digunakan di dalam permainan itu. Perkhidmatan Pertaruhan Silthereum adalah perkhidmatan DeFi pertama yang diperkenalkan untuk tokenomik ROS. Selepas mempertaruhkan Silthereum, pengguna akan menerima token itu sebagai ganjaran mengikut kadar peratusan tahunan (APR). (Grafik: Business Wire)

SEONGNAM, Korea Selatan, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rise of Stars (ROS), sebuah permainan mudah alih yang dibangunkan dan diservis oleh LightCON, yang merupakan sebuah anak syarikat WEMADE MAX (Ketua Pegawai Eksekutif Bersama: Hyunguk Chang, Gilhyung Lee) (KOSDAQ: 101730), telah membuka Perkhidmatan Pertaruhan Silthereum pada 11 Mac. 

Silthereum adalah satu token permainan baharu yang boleh digunakan di dalam permainan itu. Perkhidmatan Pertaruhan Silthereum adalah perkhidmatan DeFi pertama yang diperkenalkan untuk tokenomik ROS. Selepas mempertaruhkan Silthereum, pengguna akan menerima token itu sebagai ganjaran mengikut kadar peratusan tahunan (APR).

Untuk mengambil bahagian di dalam perkhidmatan tersebut, pengguna mempertaruhkan Silthereum mereka dengan log masuk ke Dompet WEMIX pada halaman perkhidmatan pertaruhan yang disediakan secara berasingan di laman web ROS.

Perkhidmatan itu akan berlangsung selama satu tahun mulai 11 Mac 2022 dan, dalam tempoh ini, kira-kira 25 juta Silthereum akan dibayar sebagai faedah. Pengguna boleh mempertaruhkan satu Silthereum dan menuntut Silthereum secara bebas dari satu jam selepas mempertaruhkannya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15670

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...