Tuesday, March 15, 2022

MANCHESTER CITY MENGUMUMKAN RAKAN KONGSI BURSA KRIPTOWANG RASMI OKX

 ·  Manchester City dan OKX hari ini mengumumkan perkongsian berbilang tahun baharu

· Perkongsian itu akan merangkumi pasukan lelaki dan wanita Manchester City, selain operasi e-sukan Kelab
 
VICTORIA, Seychelles, 14 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Juara Liga Perdana, Manchester City hari ini mengumumkan perkongsian global dengan bursa kripto kedua terbesar di dunia, OKX, menamakannya Rakan Kongsi Pertukaran Kriptowang Rasmi Kelab.

Usaha pertama OKX dalam dunia sukan dan hiburan, perkongsian itu akan merangkumi pasukan lelaki dan wanita Manchester City, selain operasi e-sukan Kelab.

Bursa kriptowang OKX yang pantas, selamat dan inovatif dipercayai oleh lebih daripada 20 juta orang di lebih daripada 180 pasaran sebagai tempat untuk meneroka kuasa kripto.

OKX dan Man City percaya dalam mendorong inovasi berterusan, pembangunan bakat dan kemajuan teknologi - penjajaran perkongsian utama antara kedua-dua organisasi.

Rakan kongsi baharu itu akan bekerjasama dalam beberapa pengalaman eksklusif untuk pangkalan pelanggan global OKX, selain daripada kehadiran dalam stadium di seluruh Stadium Etihad dan Stadium Akademi. Rakan kongsi baharu juga akan meneroka projek inovasi masa depan bersama-sama.

Roel De Vries, Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan Bola Sepak City, berkata: “Kami berbesar hati mengalu-alukan OKX sebagai Rakan Kongsi Rasmi bagi Manchester City pada hari ini kerana mereka ingin menceburi dunia sukan. Perkongsian baharu itu menyelaraskan nilai inovasi yang dikongsi bersama kami, memacu kejayaan dan berada pada peringkat termaju dalam industri masing-masing. Pendekatan luas dan terangkum mereka untuk menyasarkan pelbagai khalayak bergema dengan pendekatan kami. Kami berharap dapat bekerjasama sepanjang perkongsian itu.” 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...