Friday, June 14, 2024

SISTEM PENGURUSAN STESEN PENGECASAN (CSMS) AUTEL ENERGY MENCAPAI PENSIJILAN OCPP 2.0.1, MEMAJUKAN KEBOLEHOPERASIAN DAN KESELAMATAN PENGECASAN EV




Table

Sistem Pengurusan Stesen Pengecasan (CSMS) Autel Energy Mencapai Pensijilan OCPP 2.0.1 (Grafik: Business Wire)


NEW YORK, 14 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Autel Energy, penyedia penyelesaian dan perkhidmatan pengecasan EV (kenderaan elektrik) yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan bahawa Sistem Pengurusan Stesen Pengecasan (CSMS) miliknya telah memperoleh Pensijilan OCPP 2.0.1 daripada Perikatan Cas Terbuka (OCA), menandakan langkah ke hadapan dalam komitmen syarikat untuk memajukan kebolehoperasian dan keselamatan penyelesaian pengecasan EV dan mengukuhkan kepimpinannya dalam industri pengecasan EV.

OCPP 2.0.1, versi terkini Protokol Tempat Cas Terbuka (OCPP) yang dikeluarkan oleh OCA pada tahun 2020, ialah standard yang diiktiraf secara global untuk komunikasi berkesan antara stesen pengecasan dan perisian pengurusan stesen pengecasan. Protokol ini memberikan keupayaan pengecasan pintar termaju dan ciri kawalan yang dipertingkatkan untuk kemudahan, Operator Tempat Cas (CPO) dan pemilik EV. Sehingga ke hari ini, hanya 14 buah syarikat di seluruh dunia telah mencapai pensijilan yang disanjung ini.

CSMS Autel Energy telah berjaya melengkapkan profil Keselamatan Teras dan Lanjutan bagi OCPP 2.0.1, yang menunjukkan langkah keselamatan yang mantap dan kebolehoperasian yang lancar. Selain itu, Autel telah memuktamadkan pembangunan untuk baki enam profil bagi OCPP 2.0.1 dan bersedia untuk mencapai pensijilan penuh sebaik sahaja OCA membuka proses pensijilan untuk profil ini.

Penyelesaian Perisian Pengecasan EV Autel termasuk CSMS dan aplikasi cas serta memberikan khidmat kepada lebih 100,000 pelanggan merentasi lebih daripada 70 buah negara. Ia memudahkan lebih 600,000 sesi pengecasan setiap bulan dan menyumbang kepada pengurangan melebihi 42 juta kilogram pelepasan CO2.

Dengan mencapai pensijilan OCPP 2.0.1, Autel menjamin keselamatan yang dipertingkatkan melalui pelaksanaan Protokol Keselamatan Lapisan Pengangkutan (TLS), yang menyokong mekanisme penyulitan dan pengesahan mandatori. Dengan menggunakan protokol komunikasi yang distandardkan, CSMS menjamin penghantaran data yang cekap dan boleh dipercayai, dengan semua penghantaran data antara stesen pengecasan dan awan yang disulitkan untuk mencegah kebocoran, pengacauan dan serangan data. Pengesahan dua hala antara stesen pengecasan dan sistem awan memastikan bahawa kedua-dua hujung komunikasi dipercayai, mencegah akses peranti yang tidak dibenarkan. Menawarkan kebolehoperasian yang kukuh dan kestabilan sistem yang cemerlang, CSMS boleh menyepadukan dengan lancar kelengkapan pengecasan daripada pelbagai pengeluar, memastikan keserasian yang luas, keserbabolehan serta kestabilan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Pencapaian ini juga menunjukkan kedudukan terkemuka Sistem Pengurusan Stesen Pengecasan Autel Energy dalam inovasi teknologi dan protokol industri, meningkatkan kepercayaan pelanggan dan daya saing pasaran, serta mengesahkan komitmen kami untuk memberikan penyelesaian pengecasan yang berkualiti tinggi, selamat dan saling boleh operasi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54038346/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Tom Rakoczy, Pengurusan Pemasaran
tomr@autel.com

Sumber: Autel Energy

No comments:

Post a Comment

KAKAKU.COM: PELANCARAN PERKHIDMATAN TEMPAHAN RESTORAN TERBESAR DI JEPUN UNTUK PELAWAT LUAR NEGARA

Aliran Tempahan (Grafik: Business Wire) Tempahan dalam talian di lebih 35,000* 1  restoran tersedia dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina (Dipe...