Friday, May 3, 2024

UGV SOKONGAN TEMPUR TERMAJU MILREM ROBOTICS DIPERAGAKAN DI PAMERAN PERKHIDMATAN PERTAHANAN ASIA





KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Milrem Robotics, pembangun sistem berautonomi dan robotik terkemuka di Eropah, akan memperkenalkan kenderaan darat tanpa pemandu (UGV) sokongan tempur autonomi termaju, THeMIS, di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di Kuala Lumpur.

UGV THeMIS ialah UGV berbilang peranan yang terbukti secara operasi berupaya meningkatkan keberkesanan pertempuran sambil mengurangkan keperluan tenaga kerja. Kenderaan ini boleh digunakan untuk pelbagai misi, termasuk logistik, pemindahan mangsa, pengintipan dan sistem senjata jauh, untuk operasi tempur, menjadikan kenderaan tersebut sebagai aset yang tidak ternilai untuk angkatan tentera moden.

Kenderaan yang dipamerkan di DSA dikonfigurasikan untuk mengangkut kargo dan pemindahan mangsa. Sistem yang sama telah terbukti dari segi pertempuran dan pada masa ini sedang digunakan di Ukraine. Tentera Diraja Thai menggunakan UGV THeMIS tempur.

“UGV, dilengkapi dengan teknologi termaju dan keupayaan berautonomi, sudah memainkan peranan penting dalam membantu malah menggantikan askar di medan perang. Sistem canggih ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi tetapi juga mengurangkan risiko kehilangan nyawa manusia dengan ketara,” jelas Patrick E. Shepherd, Ketua Pegawai Jualan Milrem Robotics.

“Tambahan pula, penggunaan UGV mengurangkan beban pasukan tentera, membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada perancangan strategik dan tugasan pada peringkat lebih tinggi sambil menugaskan misi berulang atau berbahaya kepada sistem berautonomi,” tambah Shepherd.

UGV THeMIS dilengkapi dengan Kit Fungsi Pintar Milrem Robotics – MIFIK – yang memanfaatkan kecerdasan buatan dan algoritma pembelajaran mesin yang canggih dan membolehkan pengendali merancang misi menggunakan navigasi titik arah dan menetapkan tingkah laku kenderaan dalam perjalanan. UGV boleh beroperasi secara autonomi dalam persekitaran yang kompleks dan dinamik, secara drastik mengurangkan keperluan untuk campur tangan manusia dan penggunaan tenaga kerja yang besar.

UGV THeMIS ialah sebahagian daripada program robotik di 16 negara berbeza pada peringkat antarabangsa, lapan daripada negara tersebut ialah anggota NATO, termasuk Estonia, Perancis, Jerman, Belanda, Norway, Sepanyol, UK dan Amerika Syarikat.

Di DSA, Kargo THeMIS boleh ditemui di Astaka UAE di dewan 3, ruang pameran 3900.

Milrem Robotics ialah pembangun dan penyepadu sistem robotik dan berautonomi Eropah terkemuka, berpejabat di Estonia, Finland, Sweden, Belanda dan Amerika Syarikat. Syarikat tersebut terkenal dengan UGV THeMIS dan Multiscope, Kenderaan Tempur Robotik Jenis-X dan MIFIK.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53966403 /en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18107

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...