![]() |
Pameran Rentas Selat ke-26 untuk Ekonomi dan Perdagangan dibuka di Fuzhou di Wilayah Fujian. |
FUZHOU, China, 17 Mei, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--
Dengan dihoskan oleh Pejabat Hal Ehwal Taiwan bagi Majlis Negeri dan Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Fujian, dan dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Fuzhou, Pejabat Hal Ehwal Taiwan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, dan Jabatan Perdagangan bagi Wilayah Fujian, Pameran Rentas Selat ke-26 untuk Ekonomi dan Perdagangan bermula di Fuzhou, ibu kota bagi Wilayah Fujian di timur China, pada 16 Mei.
Pameran tahun ini bermatlamat untuk menjadi acara pelaburan dan perdagangan komprehensif berskala besar yang paling berpengaruh di seluruh Selat dan sebuah platform percubaan yang penting untuk perintegrasian rentas Selat di peringkat awal. Pameran empat hari itu dijangka menarik lebih 50 kumpulan perindustrian dan komersial serta lebih 1,000 rakan senegara dan ahli perniagaan Taiwan.
Tahun ini, Pameran Rentas Selat untuk Ekonomi dan Perdagangan menggunakan mod "5+3+N", dengan merancang lima aktiviti utama, tiga platform pertukaran tema sokongan, dan pelbagai aktiviti promosi pelaburan dan kerjasama industri. Satu siri aktiviti utama akan juga diadakan, termasuk Majlis Perasmian dan Pertukaran Rentas Selat. Selain itu, platform pertukaran tematik juga akan diwujudkan, seperti Menghasilkan Pencapaian bagi Pembangunan Perintegrasian Rentas Selat dan Gerai Promosi Kerjasama Industri.
Selepas mengadakan usaha bersama selama 30 tahun, Pameran Rentas Selat untuk Ekonomi dan Perdagangan itu telah menjadi acara pertukaran ekonomi dan perdagangan komprehensif yang berprestij di seluruh Selat, dengan menarik puluhan ribu perusahaan Taiwan dan lebih 30,000 ahli perniagaan Taiwan. Ia memainkan satu peranan penting di dalam meneroka laluan baharu untuk perintegrasian dan pembangunan merentas Selat, dan di dalam memacukan satu kerjasama ekonomi dan perdagangan yang lancar merentasi Selat itu.
Sumber: Pejabat Jawatankuasa Penganjur bagi Pameran Rentas Selat untuk Ekonomi dan Perdagangan
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment