Thursday, May 16, 2024

NIELSENIQ MELANCARKAN ALAT BERASASKAN GENAI NIQ ASK ARTHUR KE DALAM NIQ DISCOVER BERTUJUAN MEMPERKASA PENGGUNA MEMBUKA KUASA DATA




CHICAGO, 16 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ (NIQ), peneraju dunia dalam pengukuran dan analisis data, teruja untuk mengumumkan bahawa 'NIQ Ask Arthur'- alat rintisan yang dipacu GenAI—telah disepadukan ke dalam NIQ Discover. Penyelesaian transformatif ini menawarkan carian global berpandukan AI dan saranan yang diperibadikan, memperkemas analisis data dan memudahkan membuat keputusan termaklum. Pelancaran “NIQ Ask Arthur” menandakan kejayaan penting untuk NIQ Labs. Diletakkan sebagai penjana inovasi, NIQ Labs bersedia mempercepat masa depan inovasi dengan menyelesaikan masalah pelanggan dan mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan. Ditambah pula dengan pelaburan, NIQ Labs memanfaatkan rangkaian aset data, menggunakan alat risikan perniagaan intuitif dan analisis ramalan yang dipacu oleh AI generatif (GenAI) dan sains data berwibawa merintis era produk berdaya cipta yang seterusnya.

Dengan ciri AI perbualan, ‘NIQ Ask Arthur’ memperkasa pengguna untuk menyelidik set data dengan lebih mendalam, merevolusikan pilihan yang dipacu data dan mempamerkan komitmen NielsenIQ kepada analisis termaju.

NIQ Discover, penyelesaian pembayangan data yang canggih, mempercepat akses kepada cerapan untuk pengilang dan peruncit CPG. Ini mewujudkan laluan baharu kepada cerapan yang mesra pengguna, memanfaatkan kuasa data atas permintaan merentasi berbilang set data. NIQ Discover direka bentuk untuk membantu pengilang dan peruncit CPG mendapatkan cerapan bermakna dengan lebih pantas dan mengukur serta menjejak perkara yang paling penting untuk perniagaan masing-masing dalam platform tunggal dan terpusat.

NIQ Ask Arthur dalam NIQ Discover membolehkan penemuan cerapan yang dipertingkat, oleh itu pengguna boleh menemui maklumat berguna dengan cekap, memperkaya kisah jenama dan mendemokrasikan akses data. Pengguna semasa dan baharu boleh menemui maklumat, trend dan corak bermakna yang mungkin tidak diberikan perhatian, membawa pengguna ke bahagian analisis yang paling berkaitan. Di NIQ kami menyediakan Full View™ dan kami mengekalkan standard ketepatan dan kualiti data tertinggi. GenAI akan membantu pengguna NIQ Discover mentafsirkan pelbagai format dan menangani soalan perniagaan yang kompleks.

“Visi memanfaatkan AI untuk membantu dalam analisis data dan penceritaan adalah amat berkuasa. Mendemokrasikan akses kepada data dan analisis adalah penting dalam membantu pengguna membuat keputusan termaklum dan memacu inovasi. ‘NIQ Ask Arthur’ membuka kuasa analisis dalam platform Discover,” kata Troy Treangen, Ketua Pegawai Produk, NIQ.

NIQ Ask Arthur dalam Discover membolehkan pengguna menjimatkan masa dengan mencadangkan cerapan secara proaktif dan memudahkan navigasi data melalui pengalaman dikuasakan AI yang lancar dilengkapi dengan ciri perbualan.

Dengan pelaburan NIQ dalam platform NIQ Discover termaju, digabungkan dengan pelbagai jenis data dan kepakaran industri kami yang mendalam, NIQ Ask Arthur memberikan nilai yang tiada bandingan kepada pelanggan.

NIQ berada pada kedudukan terbaik untuk memahami data dan soalan perniagaan yang membantu jenama merungkai kisah masing-masing. Ketangkasan syarikat dan strategi penggunaan pantas telah memudahkan kemajuan teknologi yang luar biasa. Pada tahun lalu, platform NIQ Discover menyaksikan pertumbuhan luar biasa, melonjak daripada 2,500 pengguna pada bulan Januari 2023 kepada 40,000 yang mengagumkan di 71 negara pada hari ini, mempamerkan skala pengembangan teknologi NIQ yang luas. Keupayaan menggunakan teknologi dengan pantas, meningkatkan keterlibatan pengguna dan mewujudkan kehadiran global menekankan ketangkasan dan inovasi NIQ yang tiada bandingan dalam industri teknologi. Kemajuan ini memudahkan cerapan dipercepat merentasi pelbagai industri, saluran dan produk, memacu kelajuan kepada cerapan pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk menyampaikan Full View™.

Maklumat Tentang NIQ

NIQ ialah syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, menyampaikan pemahaman paling lengkap tentang tabiat membeli pengguna dan mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan. NIQ bergabung dengan GfK pada tahun 2023, menemukan dua peneraju industri dengan jangkauan global yang tiada bandingannya. Pada hari ini NIQ beroperasi di 95+ negara yang mewakili 97% daripada KDNK dunia. Dengan laporan runcit holistik dan cerapan pengguna paling menyeluruh—disampaikan dengan analisis lanjutan melalui platform yang canggih—NIQ menyampaikan Full ViewTM.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Jill Saletta - Ketua Global - Komunikasi Luar
jill.saletta@nielseniq.com

Sumber: NielsenIQ

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...