Di Future Energy Asia, peneraju kejuruteraan, pembinaan dan perundingan global akan mencadangkan kepelbagaian amalan terbaik antarabangsa yang boleh disesuaikan untuk memajukan penyahkarbonan serantau
BANGKOK, 15 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Asia Pasifik mesti pantas mengenal pasti dan menerima guna infrastruktur rendah karbon generasi akan datang dan boleh dikembangkan untuk mempercepat kemajuan penyahkarbonan, kata Black & Veatch, peneraju global dalam penyelesaian infrastruktur kritikal.
Peringkat seterusnya untuk pembangunan tenaga boleh baharu dan bahan api alternatif bagi mencapai pelepasan karbon yang lebih rendah adalah kompleks.
Banyak tapak lokasi projek tenaga boleh baharu akan menjadi lebih besar dan mencabar. Tapak lokasi ini juga sering berada di kawasan terpencil yang perlu disambungkan ke grid. Sumber tenaga baharu untuk eksport dan tenaga boleh baharu bagi pembangunan hidrogen hijau akan mencabar model komersial sedia ada. Selain itu, penyahtauliahan dan penggunaan semula infrastruktur arang batu kepada aset “merapatkan” penyahkarbonan penting yang akan memerlukan pembiayaan adil dan saksama kepada penduduk dan perniagaan tempatan.
“Walau bagaimanapun, peluang yang mencukupi wujud di Asia Pasifik bagi menyepadukan gabungan teknologi penjanaan, penghantaran dan pengagihan yang berbeza pada titik harga yang betul dan pada masa yang sesuai untuk mencapai kejayaan komersial dan alam sekitar,” kata Narsingh Chaudhary, Presiden, Asia Pasifik dan India, Black & Veatch.
“Black & Veatch telah berada di barisan hadapan dalam membina infrastruktur tenaga kritikal selama beberapa dekad dan komited untuk menyokong keperluan tenaga yang semakin meningkat di Asia Pasifik dengan sumber tenaga yang rendah dan tanpa karbon,” kata Chaudhary.
Apabila ekonomi Asia Pasifik beralih daripada ekonomi berasaskan karbon kepada berasaskan elektron dan molekul, rantau ini mesti mencari gabungan tenaga yang sesuai untuk keperluan jangka pendek dan perubahan jangka panjang. Tahap akses berbeza kepada sumber tenaga dan keperluan tenaga yang berlainan mendesak kepada kepelbagaian penyelesaian.
Gas asli cecair (LNG) boleh menyokong peralihan daripada arang batu dan gabungan tenaga tambahan yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di pasaran membangun.
Teknologi storan tenaga, seperti Sistem Storan Tenaga Bateri (BESS) dan Hidrokuasa Storan Berpam (PSH), meningkatkan keselamatan tenaga dengan mengimbangi penurunan mendadak dan ketara dalam pengeluaran kuasa dari sumber tenaga boleh baharu untuk menambah baik keandalan dan kestabilan grid.
Dalam jangka panjang, hidrogen mempunyai potensi menyediakan storan tenaga bermusim dan berfungsi sebagai pelengkap untuk utiliti, perniagaan komersial dan industri yang mahu beroperasi secara mampan.
Sistem penghantaran yang dirancang dan direka bentuk dengan lebih baik, termasuk talian sambungan, pencawang sambungan dan kemudahan pensuisan, akan membantu Asia Pasifik menangani kebolehubahan voltan dan frekuensi serta keperluan kod grid merentasi grid.
Di Future Energy Asia 2024, Chaudhary akan membentangkan amalan terbaik global untuk mengembangkan teknologi rendah karbon dalam pengurangan karbon. Chaudhary akan berkongsi pandangannya mengenai peranan gas dan LNG sebagai bahan api peralihan.
Topik lain yang akan dibincangkan oleh pakar bidang Black & Veatch di Future Energy Asia termasuk:
· Mendayakan penyepaduan tenaga boleh baharu dengan teknologi grid pintar
· Kerjasama merentas industri memajukan tindakan, penyelesaian dan inovasi iklim
· Mengoptimumkan penggunaan PV tenaga suria dan BESS
· Penggunaan hidrogen hijau
Hubungi Black & Veatch untuk maklumat lanjut.
Maklumat Tentang Black & Veatch
Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global 100 peratus milik pekerja dengan rekod prestasi lebih daripada 100 tahun dalam inovasi infrastruktur mampan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia dengan menangani kebingkasan dan keandalan aset infrastruktur kami yang paling penting. Ikuti kami di www.bv.com dan media sosial.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Maklumat Hubungan Media:
EMILY CHIA | +65 6335 6623 P | +65 9875 8907 M | Chialp@bv.com
E-MEL MEDIA 24-JAM | Media@bv.com
Sumber: Black & Veatch
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment