Friday, May 10, 2024

HASIL 2023 YILI MENCAPAI 126.2 BILION YUAN, MENERAJUI INDUSTRI TENUSU GLOBAL KE ARAH PEMBANGUNAN YANG SIHAT DAN MAPAN



HOHHOT, China, 10 Mei, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 29 April, Kumpulan Yili telah mengeluarkan laporan kewangan 2023 mereka, dengan menunjukkan satu jumlah pendapatan operasi yang memecahkan rekod sebanyak 126.179 bilion yuan dan satu keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada syarikat induk sebanyak 10.429 bilion yuan. Ini menandakan pertumbuhan yang stabil selama 31 tahun berturut-turut.
 
Pada hari yang sama, Yili turut mengumumkan satu rancangan untuk membeli semula saham bernilai tidak kurang daripada 1 bilion yuan tetapi tidak lebih daripada 2 bilion yuan. Saham-saham ini akan dibatalkan sepenuhnya bagi mengurangkan modal berdaftar syarikat itu.
 
Dalam tempoh pelaporan itu, keseluruhan rangkaian produk Yili kekal menerajui industri. Perniagaan susu cair mereka telah menjanakan satu pendapatan operasi sebanyak 85.54 bilion yuan, sekali gus mengekalkan kedudukan teratas mereka di dalam kedua-dua skala dan bahagian pasaran. Susu tepung dan produk tenusu telah merekodkan 27.598 bilion yuan di dalam hasil, iaitu meningkat 5.09% tahun ke tahun, dan keseluruhan jualan susu tepung meningkat ke kemuncak pasaran China. Perniagaan minuman sejuk telah menjanakan pendapatan operasi sebanyak 10.69 bilion, meningkat 11.72% daripada tahun sebelumnya, jauh melebihi kadar pertumbuhan purata industri, dan mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran untuk tahun ke-29 berturut-turut.
 
Perniagaan luar negara juga menunjukkan prestasi yang baik. Pada tahun 2023, pendapatan perniagaan luar negara Yili telah meningkat 10.08% tahun ke tahun, dengan produk dijual ke lebih 60 buah negara dan wilayah. Sangat ketara ialah produk Cremo dan Joyday yang mendapat populariti yang jelas di Asia Tenggara, manakala ais krim Joyday berjaya memasuki pasaran Afrika.
 
Yili terus-menerus menambah baik dan mengoptimumkan rangkaian rantaian bekalan global mereka, dengan mencapai sinergi yang cekap di antara pangkalan domestik dan luar negara mereka. Pada Mei 2023, kerja pembinaan telah dimulakan untuk sebuah kilang laktoferin bagi Westland Dairy Company Limited, satu daripada anak syarikat Yili. Sebaik sahaja kilang itu beroperasi, ia akan menjadi satu daripada tiga pengeluar utama bagi laktoferin di seluruh dunia. Kejayaan kapasiti ini didorong oleh kemajuan teknologi yang berinovatif yang telah mendorong transformasi penyelidikan kepada hasil yang nyata.
 
Pada tahun 2023, Yili membuat penemuan berterusan di dalam teknologi termaju, dengan cepat menterjemahkan inovasi ini kepada produk yang telah menetapkan trend baharu di dalam penggunaan yang sihat. Satu pencapaian yang ketara ialah pembangunan satu teknologi pengekstrakan dan perlindungan berarah laktoferrin yang unik, yang meningkatkan kadar pengekalan laktoferin di dalam susu UHT daripada 10% kepada lebih 90%. Tambahan pula, syarikat itu menyelesaikan cabaran bagi penyahaktifan probiotik pada suhu sekeliling, yang mewujudkan senario penggunaan sihat yang baharu bagi yogurt.
  
Dengan keupayaan teknologi peneraju industri sebagai asas, Kumpulan itu telah melancarkan produk baharu yang paling laris seperti Susu Organik Laktoferin Aktif SATINE dan Yogurt Probiotik Ambpomial AMX, yang memberikan syarikat itu dengan pemacu pertumbuhan yang baharu.
 
Pencapaian yang berinovatif ini berpunca daripada pelaburan jangka panjang syarikat itu di dalam teknologi. Baru-baru ini, pada ulang tahun kesepuluh bagi Pusat Inovasi Eropah Yili, peningkatan pusat itu dan penubuhan Pusat Penyelidikan Pemakanan Ibu dan Anak Global telah diraikan di Universiti Wageningen di Belanda. Sejak penubuhannya, pusat itu telah mencapai hasil yang luar biasa di dalam bidang seperti penyelidikan susu ibu, pembangunan probiotik, dan proses dan teknologi yang berinovatif. Melangkah ke hadapan, pusat itu akan memberi tumpuan kepada teknologi tenusu global yang canggih bagi mempercepatkan penggunaan dan pengkomersilan hasil yang berinovatif.
 
Sebagai sebuah peneraju industri, Yili bukan sahaja mencapai pertumbuhan perniagaan yang stabil tetapi juga menekankan sebuah masa depan yang mapan. Syarikat itu secara aktif menggalakkan pembangunan hijau dan mapan, menyumbang kepada perlindungan alam sekitar dan kebajikan awam, dan berusaha untuk mewujudkan satu keadaan yang menguntungkan semua pihak di dalam manfaat ekonomi, sosial dan alam sekitar.
 
Sumber: Kumpulan Yili 

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

TRUSTQUAY VIEWPOINT MENJENAMAKAN SEMULA KEPADA QUANTIOS BERIKUTAN KEJAYAAN PENGGABUNGAN

LONDON, 25 Jun (Bernama- BUSINESS WIRE ) --  TrustQuay Viewpoint, penyedia SaaS global untuk industri perkhidmatan Pengurusan Kekayaan, Aman...