Friday, May 17, 2024

HYTERA MEMENANGI ANUGERAH ICCAS 2024 DENGAN PENYELESAIAN MCS




DUBAI, Emiriah Arab Bersatu (UAE), 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, telah diberikan penghormatan dengan Anugerah ICCAs 2024 “Penggunaan komunikasi kritikal yang terbaik dalam perindustrian, pembuatan, sumber perlombongan, penerokaan minyak & gas" sebagai pengiktirafan terhadap MCS Saling Bersambung dan Sistem TETRA untuk Pengilang Keluli Terkemuka. Majlis Anugerah Komunikasi Kritikal Antarabangsa (ICCAs) 2024 telah diadakan pada 14 Mei di Intercontinental Festival City di Dubai.

Anugerah ini mengiktiraf MCS Saling Bersambung dan Sistem TETRA Hytera, yang digunakan oleh Baoshan Iron & Steel Co., Ltd. (Baosteel). Sebelum ini, Baosteel, syarikat Fortune Global 500, beroperasi dengan sistem TETRA yang dipasang pada tahun 2007, tidak berupaya memenuhi permintaan yang melonjak untuk aplikasi jalur lebar apabila  industri berkembang maju dalam pendigitalan dan automasi. Hytera menaik taraf sistem Baosteel dengan teknologi TETRA terkini dan mengintegrasikan sistem TETRA yang dikemas kini dengan Perkhidmatan Kritikal Misi (MCS) Penumpuan Natif, meningkatkan produktiviti dan keselamatan untuk lebih 3,000 pekerja. Integrasi ini memastikan liputan komunikasi yang menyeluruh, membolehkan komunikasi atas permintaan sambil memenuhi permintaan yang kukuh untuk pemancaran multimedia.

Hytera melengkapkan pasukan Baosteel dengan terminal dua mod dan Peranti Pintar 5G XSecure untuk mengembangkan lagi penggunaan saling sambung dwirangkaian. Peranti ini boleh didaftarkan pada kedua-dua rangkaian LTE dan rangkaian TETRA secara serentak, memudahkan perkhidmatan komunikasi masa nyata pada rangkaian awam MCS dan rangkaian persendirian TETRA. Ini berkesan dalam mengurangkan beban kakitangan operasi dan penyelenggaraan yang jika tidak, mereka terpaksa membawa berbilang peranti. Radio tahan lasak bertukar secara automatik antara rangkaian jalur sempit dan jalur lebar tanpa apa-apa campur tangan manual, menyokong pelbagai perkhidmatan seperti panggilan peribadi dan kumpulan, mesej teks dan aplikasi multimedia.

Peranti Pintar 5G PNC560 Xsecure Hytera meningkatkan kecekapan dan prestasi pengguna, daripada pekerja pejabat kepada pekerja barisan hadapan. Apabila menggunakan sistem MCS Hytera, PNC560 boleh berkomunikasi dengan radio PDT, DMR, atau TETRA melalui rangkaian LTE atau 5G, membolehkan komunikasi satu dengan satu atau satu dengan kumpulan segera di mana-mana sahaja di dunia untuk berkongsi mesej teks, imej dan klip video.

Sistem MCS Hytera menambah baik kecekapan komunikasi dan pengeluaran Baosteel dengan memastikan komunikasi dan kerjasama yang lancar dalam kalangan tenaga kerja. Lebih penting lagi, ini dijajarkan sepenuhnya dengan standard kritikal misi 3GPP, merangkumi MCPTT, MCVideo dan MCData. Pendekatan ini memastikan komunikasi yang andal merentasi pelbagai persekitaran, merealisasikan masa depan yang kental untuk keperluan industri yang sedang berkembang. Hytera melancarkan peralihan yang mudah kepada aplikasi jalur lebar melalui MCS dan Sistem TETRA yang saling bersambung, mengoptimumkan aliran kerja dan memperkukuh keselamatan tempat kerja.

Dylan Liu, Pengarah Pemasaran Hytera, menyatakan, "Dianugerahkan dengan ICCAs 2024 menegaskan komitmen kami terhadap inovasi teknologi. Hytera telah menerajui penggunaan MCS dalam banyak industri seperti kereta api dan utiliti. Pasukan ini akan terus melakukan inovasi dan memajukan pelbagai barisan produk kami."

Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Kami menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Kami membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53994318/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18156

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...