Thursday, May 16, 2024

ACT ABU DHABI KINI DIBUKA UNTUK PERNIAGAAN




Table

ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire)


ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Arabian Chemical Terminals LLC di Abu Dhabi (ACTAD) dengan bangganya mengumumkan permulaan operasi di terminal simpanan tangki kimia yang baharu dibina di Pelabuhan Khalifa, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. Terminal tersebut ialah ladang tangki kimia komersial pertama seumpamanya di Amiriah.

Terletak secara strategik di Pelabuhan Khalifa baharu yang bertaraf dunia dan bersebelahan dengan Zon Ekonomi Khalifa Abu Dhabi (KEZAD) yang moden dan luas, ACTAD menyasar untuk menyertai usaha mempromosikan industri baharu di Amiriah.

ACTAD direka bentuk dan dibina dengan ciri Terkini serta mematuhi standard antarabangsa tertinggi dan menawarkan sejumlah 40 tangki pelbagai spesifikasi (20 Keluli Karbon termasuk 10 dengan IFR dan 20 Keluli Tahan Karat termasuk 10 tertebat dengan sistem pemanasan/penyejukan) untuk sejumlah 100,000 kapasiti penyimpanan CBM. Setiap tangki mempunyai saluran paip khusus ke himpitan draf 16 meter yang ditetapkan dan ruang pemunggahan trak khusus, oleh yang demikian, menghapuskan risiko pencemaran silang produk, menggalakkan kecekapan operasi dan fleksibiliti kepada pelanggan dengan maksimum.

Selain itu, tapak tersebut mempunyai gudang 500 meter persegi bagi barangan berbahaya dan peruntukan untuk pengisian dram/bekas pukal perantaraan (IBC).

Terminal ini mempunyai makmal juruukur pihak ketiga serba lengkap yang dikendalikan secara bebas untuk pensampelan dan pengujian.

ACTAD beroperasi dengan Sistem Pengurusan Bersepadu mengikut Standard Antarabangsa; ISO-9000, 14000, 18000, CDI-T dan ISGOTT.

Terminal berkenaan akan membantu industri tempatan mengimport keperluan kimia cecair masing-masing secara pukal atau mengeksport produk kimia cecair ke seluruh dunia. Terminal ini juga boleh berfungsi sebagai hab penyimpanan dan/atau operasi pisah muatan untuk syarikat antarabangsa kerana tempat tersebut terletak secara strategik di zon terikat dalam Pelabuhan Khalifa.

ACTAD ialah sambungan Arabian Chemical Terminals LTD di Arab Saudi (ACT-KSA). ACT-KSA ialah pemilik/pengendali dua terminal lain, satu di Yanbu di pantai Laut Merah dan satu lagi di Pelabuhan Komersial Jubail di Teluk Parsi. Dari permulaan terminal itu yang sederhana pada tahun 1986 di Yanbu, ACT-KSA merupakan ladang tangki komersial pertama yang ditubuhkan di Arab Saudi, bermula dengan kapasiti penyimpanan 13,000 CBM. Pada tahun 2012 ACT-KSA membina kemudahan penyimpanan pukal komersial pertama di Jubail dengan penambahan sebanyak 70,000 CBM kapasiti penyimpanan termasuk tangki pelbagai spesifikasi dan saiz. Pada masa ini, terminal Jubail sedang dalam proses pengembangan bagi menambah kapasiti 70,000 CBM lagi.

Sumber: AETOSWire

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53993781/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Manuel Pereira
m.pereira@act-uae.com
 
Sumber: Arabian Chemical Terminals

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...