HEB Construction New Zealand menggunakan Boomi untuk menghubungkan operasi tempatan dan mengintegrasikan ke dalam pemodenan ERP syarikat induk, menjaga keupayaan tempatan, tadbir urus dan kesediaan AI
SYDNEY, 15 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju integrasi dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan bahawa HEB Construction memilih Boomi untuk membolehkan pelaksanaan projek pemodenan perancangan sumber perusahaan (ERP) yang memastikan penjajaran global dengan syarikat induk, memperkukuh tadbir urus tempatan dan mewujudkan falsafah penggunaan semula.
HEB Construction (HEB) ialah pemain utama dalam bidang pembinaan dengan 1,500 pekerja di New Zealand. Diasaskan pada tahun 1975, syarikat itu menyampaikan projek pembangunan jalan raya, rel, marin, tanah dan bandar di seluruh negara. Pada tahun 2015, HEB telah diambil alih oleh VINCI Construction.
Pada tahun 2022, HEB memulakan penerimagunaan projek ERP syarikat induk, menandakan penempatan pertama di luar Kesatuan Eropah. Walaupun platform ERP kebiasaannya menggantikan semua sistem dalam negara, ini tidak sesuai untuk HEB disebabkan kematangan pelaburan teknologi tempatan sedia ada dan rangka kerja kawal selia tempat teknologi tersebut beroperasi.
“Dengan keperluan kawal selia dan kefungsian New Zealand yang berbeza dengan pasaran yang digunakan sebelum ini, jelas bahawa ‘pemindahan digital’ tidak akan sesuai – HEB memerlukan pendekatan berbeza,” kata Mircel Van Der Walt, Arkitek Perusahaan di HEB Construction. “Sebaliknya, pasukan saya mempertimbang pendekatan integrasi hibrid. Keputusan ini dipacu bukan sahaja oleh keperluan untuk sistem tadbir urus yang patuh, tetapi juga oleh keperluan penting kami untuk mempertahankan kepakaran sedia ada kami dalam sistem tempatan seperti Sumber Manusia (HR). Untuk memastikan ERP baharu akan berkembang maju dalam persekitaran yang tidak diketahui ini, kami menyedari bahawa HEB hanya berupaya memperoleh kepercayaan dengan membuat inovasi di sekeliling teras yang stabil.”
HEB melaksanakan platform integrasi Boomi sebagai perkhidmatan (iPaaS) untuk mewujudkan corak integrasi hab dan jejari antara aplikasi tempatan, termasuk daftar gaji, lembaran masa, pengurusan inventori dan sistem penyelenggaraan kelengkapan. Menerima guna struktur data ERP sebagai standard data syarikat, HEB mencerminkan corak tempatan dengan tindanan ERP global untuk membentuk ketersambungan hab-ke-hab. Pendekatan ini mewujudkan komunikasi lancar antara kedua-dua syarikat dan mewujudkan corak integrasi yang boleh digunakan semula.
“Walaupun terdapat kerumitan dalam projek ERP, ‘slot’ kami bagi pelancaran global yang lebih besar dikekalkan mengikut tempoh masa 12 bulan yang sama dan dikawal dengan ketat. Tetapi dengan Platform Perusahaan Boomi, kami mempunyai alat yang membolehkan kami menyampaikan dengan tepat pada masanya, serta mencipta antara muka reka bentuk yang mempunyai nilai penggunaan semula – ini boleh mereplikasi dengan berkesan perkara yang kami capai di bahagian lain di dunia dengan landasan, peraturan dan keperluan operasi tempatan yang serupa.”
HEB juga melaksanakan Hab Data Induk Boomi (Boomi Master Data Hub - MDH) untuk memperdalam kerjasama dan ketepatan. Bersama MDH, HEB boleh menguruskan aset digital syarikat secara menyeluruh melalui tiga lapisan abstrak: warga kerja, projek dan kelengkapan.
“Apabila mewujudkan sempadan antara tiga arketip data, data ERP menyalurkan dengan tepat dan berada di lokasi setempat yang sepatutnya, dan sebaliknya. Sebagai contoh, kini maklumat pekerja baharu boleh diperoleh dalam baldi 'warga kerja (people)' Boomi kami dan terus bergerak ke ERP apabila kesempurnaan data minimum dicapai.
“Kami menjadi perniagaan berteraskan digital dan bukan sekadar syarikat pembinaan yang menyimpan data. Ini bermakna kami bukan hanya memasang teknologi baharu yang hebat; kami memberikan fungsi kepada sistem dengan menghubungkan di sekeliling teras data perusahaan yang stabil. Ini amat berkaitan dengan rancangan AI kami, kerana anda tidak boleh mempunyai AI tanpa IA (seni bina maklumat). Dengan Boomi, kini kami sudah bersedia.”
Nathan Gower, Pengarah Kanan untuk Perusahaan, APAC di Boomi, berkata, “Ini ialah perwakilan inovasi tempatan sebenar yang lahir daripada pengiktirafan syarikat global untuk keperluan unik yang dikehendaki di rantau ini. HEB menggunakan Boomi untuk mencipta kacukan sistem berprestasi tinggi dan dengan berbuat demikian, berjaya mewujudkan persefahaman bersama bahawa tiada kem – sebaliknya, kedua-dua organisasi menggunakan sistem dan alatan masing-masing untuk mencipta hasil berintegrasi yang mencapai matlamat bersama.”
Sumber Tambahan

- Sila dengar daripada Pelanggan global kami
- Layari penyelesaian dalam Boomi Discover
- Terokai Komuniti Boomiverse
- Ikuti Boomi dalam X, LinkedIn, Facebook dan YouTube
Maklumat Tentang Boomi
Boomi memperkasa masa depan perniagaan dengan integrasi dan automasi pintar. Sebagai peneraju kategori, syarikat perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) global, Boomi meraikan lebih daripada 20,000 pelanggan global dan rangkaian 800 rakan niaga di seluruh dunia. Organisasi beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi untuk menyambungkan aplikasi, proses dan individu masing-masing dengan tujuan mempercepat transformasi digital. Untuk maklumat lanjut, kunjungi boomi.com.
© 2024 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18151
No comments:
Post a Comment