Wednesday, May 15, 2024

MIDOCEAN ENERGY EIG MELANTIK ARMAND LUMENS SEBAGAI KETUA PEGAWAI KEWANGAN

(Foto: Business Wire)

 WASHINGTON, 15 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean”), syarikat gas asli cecair (LNG) yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan pelantikan Armand Lumens sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO).


Lumens membawa lebih daripada 30 tahun kepakaran yang sangat berkaitan dan luas merentasi penggabungan & pengambilalihan (M&A), ekuiti persendirian, pembangunan perniagaan, dagangan, pembiayaan, audit, pengurusan risiko, modal usaha niaga, membeli saham syarikat dagangan awam dan tawaran awam awal ke MidOcean.

“Kami gembira untuk mengalu-alukan kedatangan Armand ke dalam pasukan MidOcean,” kata De la Rey Venter, Ketua Pegawai Eksekutif MidOcean. “Kami yakin dengan keupayaan beliau memacu kecemerlangan kewangan dan menyumbang kepada pertumbuhan serta kejayaan berterusan syarikat. Kepelbagaian kepakaran beliau akan menjadi aset yang tidak ternilai kerana MidOcean terus mengejar objektif strategik syarikat.”

Lumens berkata, “MidOcean berada pada kedudukan yang baik untuk memberikan impak yang besar kepada peralihan tenaga melalui kepakaran beliau dalam LNG dan tumpuan kepada jenis tenaga berkenaan. Saya amat teruja untuk menyertai De la Rey dan pasukan EIG kerana syarikat berkenaan berusaha membina portfolio LNG global.”

Paling terkini, Lumens pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan Neptune Energy, syarikat yang beliau memainkan peranan penting dalam membangun dan melaksanakan strategi kewangan dan IT serta mencapai kejayaan operasi. Sebelum memegang jawatan di Neptune Energy, beliau menjawat jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan di Louis Dreyfus. Sebelum ini, Lumens menghabiskan lebih daripada 24 tahun di Shell, apabila beliau memegang pelbagai jawatan kanan, termasuk Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Shell Trading, Ketua Juruaudit Dalaman dan Ketua Pelaporan Luar dan Perancangan Kumpulan.

Lumens memperoleh ijazah Sarjana Muda dan MBA dari Universiti Maastricht dan MSc dalam Kewangan dari London Business School. Beliau ialah Juruaudit Dalaman Bertauliah dan alumni Program Kepimpinan Eksekutif IMD. Lumens fasih berbahasa Inggeris, Belanda, Perancis, Jerman dan Itali.

Maklumat Tentang EIG
EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $24.7 bilion di bawah pengurusan pada 31 Mac 2024. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 42 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen lebih daripada $47.9 bilion kepada sektor tenaga melalui 410 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C. mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul.

Maklumat Tentang MidOcean Energy
MidOcean Energy, syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, berusaha membina portfolio LNG global yang terpelbagai, berdaya tahan, berdaya saing dari segi kos dan karbon. Ini mencerminkan kepercayaan EIG terhadap LNG sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga dan kepentingan LNG yang semakin berkembang sebagai sumber tenaga strategik geopolitik. MidOcean Energy diketuai oleh De la Rey Venter, veteran industri berpengalaman selama 26 tahun yang telah memegang pelbagai peranan eksekutif kanan, termasuk Ketua Global LNG untuk Shell Plc.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG di www.eigpartners.com atau laman web MidOcean Energy di www.midoceanenergy.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
EIG
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53985677/en  

Sumber: EIG

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

TRUSTQUAY VIEWPOINT MENJENAMAKAN SEMULA KEPADA QUANTIOS BERIKUTAN KEJAYAAN PENGGABUNGAN

LONDON, 25 Jun (Bernama- BUSINESS WIRE ) --  TrustQuay Viewpoint, penyedia SaaS global untuk industri perkhidmatan Pengurusan Kekayaan, Aman...