Wednesday, May 29, 2024

DUCK CREEK TECHNOLOGIES MENGIKTIRAF IAT INSURANCE GROUP DAN COFORGE DENGAN ANUGERAH STANDARD KECEMERLANGAN

 IAT Insurance Group dalam kerjasama perkongsian strategik dengan Coforge menggondol Anugerah Standard Kecemerlangan Pelanggan bagi peralihan daripada berbilang sistem pentadbiran dasar legasi silo kepada sistem Duck Creek berasaskan awan, yang memacu transformasi digital.


BOSTON, 29 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, sebuah syarikat penyedia penyelesaian pintar yang membentuk masa depan insurans harta benda dan kasualti (P&C) telah mengiktiraf IAT Insurance Group dan rakan niaga transformasi strategiknya, Coforge, dengan menamakan syarikat itu sebagai pemenang Anugerah Standard Kecemerlangan Pelanggan 2024 Formation '24 di Dallas.

Anugerah Standard Kecemerlangan Pelanggan Duck Creek itu mengiktiraf pelanggan yang telah mencapai tahap kecemerlangan tertinggi melalui pelaksanaan penyelesaian Duck Creek serta syarikat yang merubah masa depan industri insurans.

IAT Insurance Group yang merupakan syarikat insurans khusus terkemuka yang menyediakan produk harta benda, kasualti dan jaminan untuk pasaran khusus telah memperoleh Anugerah Standard Kecemerlangan Pelanggan bagi transformasi 7 segmen perniagaan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah Liabiliti Am, Harta Benda, Liabiliti Pengurusan, Lebihan, Marin Dalaman dan Automotif Komersial. Kemasukan barisan produk penting ke dalam sistem Duck Creek ini dapat memperkemas operasi dalaman berkaitan harta benda dan kasualti syarikat insurans itu, sekaligus menambah baik pengalaman pengguna serta meningkatkan akses kepada data dan analisis.

Manish Chawla, CIO IAT Insurance Group berkata, “Kami berbesar hati menerima Anugerah Standard Kecemerlangan ini Visi transformasi kami benar-benar selaras dengan keutamaan perniagaan kami dan komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Kami yakin bahawa dengan memanfaatkan teknologi, penyelesaian dapat dicipta seperti yang dimahukan oleh pelanggan, malah melangkaui jangkaan mereka. Perjalanan transformasi ini telah direalisasikan melalui perkongsian strategik kami dengan Coforge. Visi bersama berperanan penting dalam membantu kami mengubah visi kami menjadi suatu realiti dan membolehkan kami menyampaikan nilai unggul kepada pelanggan kami.”

Sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi perniagaan yang bernilai jutaan dolar, tahun demi tahun, IAT Insurance melakukan peralihan bagi pelbagai cabang perniagaan ke Pakej Lengkap Duck Creek, yang merangkumi 50 negeri. Usaha ini yang disokong oleh Coforge telah direka bentuk untuk memodenkan sistem legasi, meningkatkan kebolehskalaan, serta memastikan pematuhan kawal selia bagi seluruh portfolio produk insurance IAT yang pelbagai.

Rajeev Batra, Naik Presiden Eksekutif Insurans Coforge berkata, “Sebagai Rakan Niaga Penyampaian Utama bagi Duck Creek Technologies, dengan lebih 1000 SME Duck Creek di seluruh dunia, Coforge berbangga dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan transformas IAT Insurance Group. Sinergi antara Coforge, IAT Insurance Group dan Duck Creek Technologies menjadi contoh bagi kerja berpasukan dan kerjasama yang amat lancar.

“Anugerah Kecemerlangan Standard ini menjadi pengiktirafan yang kami banggakan. Kami menumpukan pada usaha memanfaatkan penyelesaian inovatif untuk memacu transformasi digital IAT Insurance Group Usaha kerjasama kami telah berjaya menghasilkan peralihan pelbagai unit perniagaan kepada platform moden, yang dapat meningkatkan kebolehskalaan dan pematuhan kawal selia.”

Perihal Duck Creek Technologies

Duck Creek Technologies ialah penyedia penyelesaian pintar yang membentuk masa depan industri insurans harta benda dan kasualti (P&C) serta am. Kami merupakan platform yang membina sistem insurans moden yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan berterusan. Ketulenan, tujuan dan ketelusan menjadi asas penting bagi Duck Creek dan kami percaya bahawa insurans harus wujud untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana-mana dan dalam apa-apa jua cara yang diperlukan. Penyelesaian peneraju pasaran kami tersedia secara kendiri atau sebagai pakej lengkap dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Sila layari www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan X.

Hubungan Media:
Carley Bunch
carley.bunch@duckcreek.com

Perihal IAT Insurance Group

IAT Insurance Group (IAT) merupakan syarikat insurans khusus swasta yang menyediakan produk harta benda, kasualti dan jaminan untuk pasaran khusus. IAT menawarkan lapan unit perniagaan kepada pasaran – Pengangkutan Komersial, Lebihan & Surplus, Pemilik Rumah, Program, Marin Dalaman, Insurans Semula, Jaminan dan Liabiliti Pengurusan. Syarikat-syarikat di bawah IAT Insurance Group diberikan penarafan A- oleh A.M. Best, Sila berhubung dengan IAT Insurance Group di LinkedIn dan ketahui lebih lanjut tentang syarikat itu di iatinsurancegroup.com.

Perihal Coforge

Coforge ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan dan penyelesaian digital global yang memanfaatkan teknologi yang baru dan kepakaran bidang yang mendalam untuk menghasilkan impak perniagaan dengan situasi dunia sebenar kepada pelanggannya. Tumpuan pada industri terpilih, pemahaman terperinci tentang proses asas sesuatu industri serta perkongsian dengan platform terkemuka memberikan perspektif yang tersendiri kepada kami. Coforge menerajui pasaran dengan pendekatan kejuruteraan produknya dan memanfaatkan teknologi Awan, Data, Integrasi dan Automasi untuk mentransformasi perniagaan pelanggan menjadi syarikat yang pintar dan berkembang maju. Platform proprietari Coforge menguasakan proses perniagaan yang penting di seluruh bidang khusus yang utama. Syarikat itu beroperasi di 21 negara dan mempunyai 25 pusat penyampaian di sembilan negara.

Sumber: Duck Creek Technologies

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

TRUSTQUAY VIEWPOINT MENJENAMAKAN SEMULA KEPADA QUANTIOS BERIKUTAN KEJAYAAN PENGGABUNGAN

LONDON, 25 Jun (Bernama- BUSINESS WIRE ) --  TrustQuay Viewpoint, penyedia SaaS global untuk industri perkhidmatan Pengurusan Kekayaan, Aman...