Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan kecekapan dan kelestarian sambil memaksimumkan penjimatan kos
BOSTON, 29 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, penyedia global penyelesaian rawatan air dan air sisa, pada hari ini mengumumkan pelancaran Bahan Kimia CURE. Kesinambungan daripada rekod prestasi inovasi dan pemerdagangan Gradiant, Bahan Kimia CURE akan menetapkan penanda aras baharu dalam kelestarian alam sekitar dan kecekapan operasi untuk industri penting dunia.
Barisan produk Bahan Kimia CURE termasuk lebih 300 formulasi proprietari untuk perencat hakisan dan skala, bahan kimia proses, biosid, antiskala & pembersih serta agen penggumpal & agen pengelompok. Produk ini direka bentuk untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses rawatan air sambil meminimumkan jejak alam sekitar.
"Pelancaran Bahan Kimia CURE melambangkan kejayaan penting untuk Gradiant memandangkan kami melebarkan portfolio kami dengan memperkenalkan bahan kimia khusus yang melengkapkan keupayaan penyelesaian air kami secara keseluruhannya," kata Prakash Govindan, Ketua Pegawai Operasi Gradiant. "Kini, kami merupakan satu-satunya portfolio industri air yang lengkap di seluruh lokasi yang menyediakan reka bentuk tersesuai dengan permintaan pengguna, kelengkapan proprietari, perkhidmatan O&M dan bahan kimia khusus yang ditempatkan secara strategik untuk menyampaikan kepakaran keseluruhan sistem yang dilengkapi dengan SmartOps AI untuk operasi yang tepat dan pintar.”
CURE dibangunkan melalui penyelidikan terkini digabungkan dengan maklum balas operasi tersesuai untuk memenuhi keperluan industri yang mencabar terdiri daripada semikonduktor kepada tenaga boleh baharu, perlombongan kepada tenaga, dan makanan & minuman kepada farmaseutikal. "Kami teruja untuk membawa penyelesaian kimia ini ke pasaran global, yang bukan sahaja berprestasi lebih baik berbanding bahan kimia sedia ada tetapi juga mematuhi standard keselamatan dan kelestarian tertinggi, kesemuanya pada nilai yang menarik kepada pelanggan kami," kata Vipan Kalia, Ketua Bahan Kimia di Gradiant.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara Bahan Kimia CURE boleh memberikan manfaat kepada operasi anda, sila kunjungi gradiant.com/solutions/cure-chemicals.
Maklumat Tentang Gradiant
Gradiant ialah penyedia global penyelesaian rawatan air dan air sisa. Bersama rangkaian lengkap yang pelbagai dan proprietari yang menyeluruh, dibantu oleh individu berpengaruh dalam industri air, syarikat menjalankan operasi misi kritikal pelanggan dalam industri penting dunia, termasuk semikonduktor, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral kritikal, serta tenaga boleh baharu. Penyelesaian berinovatif Gradiant mengurangkan penggunaan air dan air sisa yang dikeluarkan, mendapatkan semula sumber berharga dan memperbaharui air sisa kepada air terawat. Syarikat yang beribu pejabat di Boston ini diasaskan di MIT dan mempunyai lebih daripada 1000 pekerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut gradiant.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber,satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Hubungan Korporat
Felix Wang
Gradiant
Ketua Pemasaran Global
fwang@gradiant.com
Sumber: Gradiant

No comments:
Post a Comment